“Fikir Sensitiviti Rakyat Malaysia,” Ini Pesanan Nizam Rahman Buat Faiz Roslan!



Selebriti Instagram, Nizam Rahman mengakui apa yang berlaku terhadap 
instafamous, Faiz Roslan adalah suatu iktibar yang perlu diambil buat semua. Bagaimanapun, dia turut mengakui bintang viral berkenaan masih lagi tidak matang kerana masih muda dalam memuat naik posting menerusi media sosial.
“Dia budak lagi. Kita kalau budak macam tu juga. Cuma silanya, insiden tersebut berlaku pada bulan Ramadan,”katanya memberikan pendapat kepada MH.
Tidak menafikan dirinya pernah melakukan silap, Nizam mendedahkan, sepanjang bulan ini dia jarang memuat naik video atau entri melampau sebagai menghormati Ramadan.

“Saya pun tak mengaku diri baik. Ada buat salah juga. Jadi macam perempuan memanglah salahkan. Tetapi saya sudah berniat, bulan puasa saya jarang muat naik video yang keterlaluan.
“Bila kali pertama saya tonton videonya, saya kata apa ni. Dia memalukan orang-orang yang buat video. Pada awalnya, antara yang terawal buat dubsmash ialah saya dan Otam.
“Bila dia muncul, mula-mula okay. Tetapi lama kelamaan, semakin over, kian ekstrem,” katanya yang tidak menolak dirinya turut terpalit dengan isu sensasi melibatkan Faiz.
Menurut Nizam, Faiz pernah memetik namanya ketika melakukan IG Live dengan menyatakan mengapa dia dan Otam tidak dipersalahkan apabila mengenakan pakaian perempuan.


“Dia buat live dan ada orang menyampai. Dia ibaratnya mempersoalkan benda tu. Jadi saya ada mesejnya. Kenapa ada masalah ke Faiz. Jangalah petik nama orang. Awak dah kena, awak pandailah tanggung. Saya pun pernah hadir ke Motif Viral dan terima apa adanya. 
“Bila jadi macam tu, tak best palitkan nama orang lain,” akuinya lagi.
Ditanya apakah yang ingin disampaikan kepada Faiz, Niezam mengharapkan yang terbaik buat lelaki tersebut.
“Nak buat video boleh, tetapi kenalah fikir sensitiviti rakyat Malaysia. Sebab saya sendiri pernah kena kecam dan mula faham apa yang orang suka dan sebaliknya. Benda yang melibatkan agama, politik lebih baik tak payah sentuh,” akhirinya kepada MH.