Kurang sambutan, Comedy Planet Tutup - Afdlin Shauki

SETELAH hampir dua tahun beroperasi, restoran berkonsepkan kelab komedi, Comedy Planet, milik penerbit dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki terpaksa ditutup.

Afdlin menerusi status yang dimuatnaik di laman Instagramnya memberitahu, penutupan tersebut terpaksa dilakukan kerana menerima sambutan yang kurang menggalakkan daripada orang ramai.

“Dengan penuh dukacitanya saya terpaksa memberitahu yang bulan Mei ini adalah bulan terakhir Comedy Planet Kuala Lumpur akan beroperasi di Great Eastern Mall. Oleh kerana sambutan yang kurang menggalakkan, kami terpaksa menghentikan operasi di sini.

“Perancangan kami adalah untuk mencari lokasi yang lebih sesuai untuk meneruskan restoran yang juga pentas bagi bakat-bakat komedi dan anak-anak seni di masa akan datang kalau ada rezeki,” katanya yang menjalankan perniagaan tersebut bersama seorang rakan kongsi.

Dalam pada itu, Afdlin turut merakamkan rasa terima kasihnya kepada para pengunjung yang memberikan sokongan kepada restoran tersebut sebelum ini.

“Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada yang telah mengunjung dan juga telah memberi sokongan padu kepada kami!

“Tapi apakan daya, kami sudah tidak mampu meneruskan operasi di Great Eastern Mall. Terima kasih kepada semua pelawak, staff dan partner saya yang juga telah buat sehabis baik. In Shaa Allah kita akan bangkit kembali jika diizinkan-Nya,” luahnya.

Rata-rata  pengikut dan peminat Afdlin meninggalkan komen positif selain kata-kata semangat agar Afdlin dapat bangkit kembali dan bertemu lokasi yang lebih sesuai untuk perniagaan tersebut.

Restoran Comedy Planet yang terletak di tingkat 3, Great Eastern Mall, Jalan Ampang ini dilancarkan pada 7 Disember 2016.