Makan bersama Mizz Nina, gadis muaalaf dari Jepun



Mizz Nina adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan yang telah berhijrah sepenuhnya pada tahun 2013. 

Penghijrahannya itu telah mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini beliau sangat aktif dalam dunia hiburan di Hollywood bersama penyanyi antarabangsa yang terkenal disana. 

Namun, perubahannya untuk tampil berhijab dan kini hanya fokus dalam  aktiviti kemanusiaan untuk membantu rakyat terutamanya di Syria.

Baru-baru ini juga Mizz Nina telah berkongsi sebuah video di akaun Instagramya yang melihatkan beliau bersama seorang wanita muaalaf dari Jepun sedang menikmati makanan dari negara itu.



Menerusi video yang dimuat naik oleh Mizz Nina dengan kapsyen “Saya sangat enjoy ketika menikmati makanan bersama Ana Farhana. Dia telah mengajar saya cara penggunaan chopstik yang betul dan tepat. Sebelum ini, saya tidak tahu pantang larang menggunkannya, tetapi kini saya sudah tahu.”

Video yang telah mendapat hampir 50,000 tontonan dan lebih 3,000 likes melihatkan Mizz Nina bersama dengan Ana Farhana  sedang menikmati makanan sambil menggunakan chopstik. Video berkenaan dirakam untuk sebuah rancangan Tv iaitu Dops TV.

Ana Farhana merupakan seorang muaalaf dari Jepun yang telah memeluk Islam dua tahun lepas. Beliau juga tidak kekok untuk berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu kerana beliau fasih dengan bahasa tersebut.