“Part mana yang kurusnya..?”- Dato Vida promosikan produk kurus



Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Dr. Hajah Vida yang sangat sinonim dengan tema blink-blink yang berwarna merah jambu dan sering menghadiri dalam mana-mana majlis keramaian.

Bukan sahaja handal dalam bidang perniagaan, beliau juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Beliau telah melancarkan sebuah lagu raya berjudul Lavida Raya yang sedang hangat dimainkan di corong-corong radio.

Sering berkongsi gambar dan video di akaun Instagramnya, DSV memiliki 1.9 juta pengikut di Instagram. Terbaru, beliau telah memuat naik beberapa keping gambar dan video, namun telah mendapat kecaman netizen gara-gara kapsyennya itu.

“Kurus tak saya?”

Menerusi gambar tersebut, DSV telah mengenakan pakaian ala-ala tentera beserta kapsyen “KUyUs.. KuYUss.. QuYuss..QuYuss..” yang membawa maksud Kurus. Namun, gambar tersebut telah menjadi ‘bahan’ jenaka netizen kerana mereka masih lagi menganggap DSV kelihatan gempal.

“Kurus dan muda 20 tahun…”

Video yang telah mendapat lebih 200,000 tontonan dan 20,000 likes itu melihatkan DSV yang aktif dan ceria sambil menyanyikan lagu terbarunya sendiri iaitu Lavida Raya. Menerusi video tersebut, DSV ingin mempromosikan produknya iaitu Qu Puteh Glutaplus bagi membantu mengurangkan masalah berat badan.

Dek kerana kaspyennya “KuYus Kuyus Kuyuss.. Muda muda muda..20 tahun muda..”, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat usahawan dari Kelantan itu kerana penampilan dan sosok badan DSV tidak meyakinkan netizen untuk membeli produknya itu.

Meskipun mahu mempromosikan produknya itu, namun netizen berasa was-was untuk membeli produk tersebut kerana penampilan DSV membuatkan mereka berasa tidak yakin. 

Malah, ada diantara mereka yang menganggap bahawa tubuh badan DSV tidak berubah (gempal) seperti sebelum ini walaupun telah menggunakan produk tersebut.

“Tang mana yang kurus tu, Dato…?”