“Tak payah luah? Sampai bila kena pendam?…” – Intan Liana



Wajahnya kelihatan tenang, tetapi keperitan yang ditanggung jauh di sudut hati Intan Liana mungkin sukar untuk digambarkan.

Walaupun peristiwa pahit telah dihadapi beberapa bulan lalu, namun sudah pasti memori yang tinggal sukar untuk dilupakan.

Namun baru-baru ini, ibu kepada dua putera iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri itu sekali lagi berkongsi luahan isi hati menerusi Instastory miliknya.

Aku sedih!




Menurut Intan, ada kalanya dia perlu meluahkan apa yang terpendam dalam isi hatinya walaupun orang ramai tidak akan memahami apa yang dirasai olehnya.

Bagi peluang untuk meluahkan...




Tambah Intan, dia juga manusia biasa dan perlu mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan kembali kekuatan bagi meneruskan kehidupan.
Intan juga berkata selagi bebanan yang ditanggung mampu dihadapi, dia tidak akan meminta belas kasihan daripada orang lain untuk bersimpati dengannya.

Tolong jangan lemahkan aku lagi…






Tahun ini menjadi tahun pertama untuk Intan menyambut kedatangan Syawal sebagai ibu tunggal selepas diceraikan oleh pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada 22 Mac lalu.

Ude sebelum itu telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Izreen Azminda sejak 8 Ogos 2017 dalam satu perkahwinan tertutup di Damansara.