Makanan 'Rare' Yang Netizen Teringin Makan Masa Raya


Setiap kali tibanya Hari Raya, juadah seperti rendang, ketupat, ayam masak merah, kuah lodeh dan lemang merupakan makanan WAJIB yang dihidangkan di setiap rumah.Jadi, kali ini kami telah melakukan satu survey untuk lihat sendiri, selain juadah raya yang sering dihidangkan ini, apa lagi agaknya makanan yang rakyat Malaysia teringin untuk cuba makan ketika hari raya. Bukan main lagi jawapan mereka. 'Rare' betul semua makanannya!
Banyak betul jawapan yang kami terima, di bawah merupakan hidangan menarik yang mungkin anda boleh cuba untuk memberikan lebih kelainan di Hari Raya!

1. Makanan yang berasaskan Sunnah Nabi. Alhamdulillah. :)


Seperti yang anda tahu, juadah ketika Hari Raya selalunya penuh dengan rempah ratus, minyak dan kolestrol. Nampaknya ada yang memberikan cadangan supaya kita semua berbalik semula kepada Sunnah Nabi dengan menggantikan bahan-bahan makanan kepada bahan yang lebih berkhasiat seperti menggunakan minyak zaitun bagi menggantikan minyak masak biasa.Selain tu, dia juga menyadangkan supaya memperbanyak hidangan berkuah supaya bila hirup makanan boleh dapat sekali khasiatnya. Cadangan yang sangat baik!

2. Masakan 'Korea', campur Melayu. Wah, lain macam ni!


Wow lain macam sungguh selera dia ni, international! Kalau anda nak tahu, Kimchi merupakan makanan tradisional masyarakat Korea yang berasaskan sayur-sayuran dengan beberapa bahan seperti chili paste, oyster dan sebagainya. Selalunya Kimchi ini wajib ada setiap kali mereka menghidangkan nasi atau mi. Tapi deria rasa mereka ini lain macam betul siap nak makan Kimchi dengan nasi minyak!

3. Tak habis lagi dengan 'dendam' Rendang Crispy ye. Hehehe.


Sejujurnya, kami teringin nak rasa rendang crispy ni macam mana. Kalau anda dah lupa, isu rendang crispy ini terjadi bila seorang peserta MasterChef UK dikritik kerana hidangannya tidak disukai salah seorang juri program itu, kerana ayam rendang yang dimasaknya dikatakan tidak cukup rangup.

Merasakan identiti masakan traditional Melayu dipermainkan, masa ini tentera bawang Malaysia dan Indonesia telah bersatu hati mempertahan masakan asli Melayu itu. Kalau ada yang ingin mencuba buat rendang crispy, nanti boleh hantar di rumah kami ya. Teringin pula nak rasa.

4. Orang Utara ke ni?


Kami yakin mereka berdua ini orang utara, sebab request harum manis dengan ketupat nasi. Mana tidaknya, bahagian utara lebih popular dengan ketupat daun palas berbanding ketupat nasi. Betul tak? Hmm sedapnya yang cadangkan pulut harum manis, makan berulang kali pun tak puas. Tapi bersedialah kalau perut anda kembung lepas tu. Untuk yang masih belum tahu, harum manis ini merupakan salah satu baka buah mangga terbaik yang berasal daripada negeri Perlis. Musimnya pula selalu pada bulan 5 atau 6 setiap tahun.

5. Hidang Pasta di Hari Raya? Macam menarik aje.


Kamai ertarik dengan komen-komen ini sebab mereka cadangkan pasta/spaghetti untuk hidangan raya. Kadang-kadang bila dah makan banyak sangat makanan raya, mesti nak cari hidangan lain bukan? Lagi-lagi kalau ikut marhaban atau ada banyak jemputan rumah terbuka, senak perut kalau asyik hadap makanan raya je. Tapi kalau hidang spaghetti bukan sahaja ringkas, malah senang untuk dihadamkan.