Salah Faham Orang Ramai Mengenai Takaful


Kami pasti ramai yang tahu tentang polisi Takaful yang fungsinya boleh dikatakan sama seperti insurans konvensional. Bagi orang Islam, polisi Takaful lebih sesuai diambil kerana ianya patuh Syariah.Namun begitu, masih ramai orang Islam sendiri yang lebih memilih polisi insurans konvensional berbanding dengan Takaful. Ini mungkin kerana terdapat beberapa salah faham tentang polisi Takaful seperti berikut.

1. Khusus Untuk Orang Islam
Boleh dikatakan hampir kesemua orang yang bukan beragama Islam menyangka yang sistem Takaful ini hanya khusus untuk orang Islam sahaja. Ini mungkin kerana mereka sering mendengar perkataan patuh syariah yang selalunya sinonim dengan orang Islam.

Padahal sebenarnya, sistem Takaful ini telah wujud di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam lagi untuk membantu pedagang-pedagang Arab melindungi diri mereka daripada risiko-risiko semasa pelayaran.

Cuma selepas itu ia diubah suai sedikit sesuai dengan kehendak Islam yang mengetepikan unsur-unsur judi, riba dan meragukan dalam urusniaganya tetapi masih mengekalkan fungsi asalnya.

2. Objektif Takaful Berbeza Dengan Insurans Konvensional
Lagi satu salah tanggapan umum tentang Takaful adalah mengenai fungsinya. Ramai yang beranggapan bahawa fungsi Takaful adalah berbeza dengan fungsi insurans konvensional. Sebenarnya fungsinya sama sahaja dengan insurans konvensional yang sedia ada iaitu untuk melindungi.

Anda tetap perlu membayar premium untuk polisi yang anda pilih bagi melindungi diri anda. Dan Takaful juga bukan berorientasikan keuntungan, tetapi lebih kepada perlindungan untuk kesemua ahli-ahlin yang menyertainya.

3. Tidak Beretika
Oleh kerana Takaful dianggap melibatkan soal agama dalam urus niaganya, ramai yang beranggapan yang perlindungan yang diberikan Takaful tidak sebaik insurans konvensional yang sedia ada. Ada juga yang beranggapan bahawa Takaful hanya memberikan perlindungan terbaik untuk mereka yang beragama Islam sahaja.

Jika ini tanggapan anda, anda salah sama sekali!Ini kerana terdapat beberapa peraturan di dalam Takaful sendiri yang menghalang sebarang layanan istimewa berdasarkan agama dan juga fahaman individu.

Jika sistem Takaful ini tidak sebaik atau lebih baik daripada insurans konvensional, pastinya ia tidak akan berkembang pesat di seluruh dunia termasuklah di negara bukan Islam. Kini kebanyakan negara yang majoriti penganutnya bukan beragama Islam, juga berminat untuk memperkenalkan sistem Takaful ini di negara mereka.

Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful
Kalau orang Islam sendiri pun tak berminat nak ambil Takaful, macamana? Tetapi itulah realitinya yang berlaku. Di antara alasan utama adalah tak mampu dan nanti dulu, seolah-olah perlindungan tidak penting dalam kehidupan.


Sebab Orang Melayu Tak Percaya Pada Takaful

“Membazirlah segala insurans dengan Takaful ni. Bukan boleh ‘claim’ pun. Gaji aku dahlah ciput je. Baik aku simpan gaji tu, boleh pakai untuk benda lain ke.”

Ini mungkin antara skrip yang paling biasa kita dengar daripada orang yang belum terbuka hati untuk mengambil sebarang bentuk pelan Takaful.

Jadi, tak hairanlah laporan menunjukkan bahawa masih ramai orang Malaysia, terutamanya Melayu Muslim yang belum sedar untuk mengambil mana-mana pelan Takaful. Pelan Takaful ini majoritinya dikuasai bukan Islam yang lebih percaya kepada sistem kewangan ini. Sumber : Kesedaran takaful umat Islam sangat rendah

Antara sebab-sebab orang Melayu tak percaya pada Takaful adalah:

1. Tawakal Cukuplah
“Mana boleh jual beli dengan nyawa. Haram!”

“Saya percaya Allah. Allah akan lindung saya. Tak payah tak payah.”

Pertamanya, konsep Takaful nampaknya tak cukup jelas dan ada pula membandingkannya dengan tawakal atau berserah pada ketentuan Tuhan. Sedangkan, produk Takaful yang patuh syariah sebenarnya direka berdasarkan konsep Ta’awun – iaitu membantu antara satu sama lain ketika ditimpa kesusahan.Mungkin disebabkan faktor budaya dan kepercayaan, orang Malaysia, terutamanya orang Melayu masih lagi belum berkesedaran untuk memiliki sebarang pelan perlindungan.Alasannya cukup mudah, kerana ibu bapa mereka tak pernah ambil Takaful – dan kehidupan mereka nampak OK saja setakat ini. Malah, ada yang cukup mewah walaupun tak beli Takaful. Habis tu, buat apa membazir beli Takaful?

2. Belum Mampu Lagi
Walaupun ada sebahagian besar yang memahami keperluan dan kebaikan Takaful, tapi beranggapan yang mereka belum lagi mampu untuk memilikinya.Tidak dinafikan bahawa polisi Takaful biasanya adalah paling ideal bagi mereka yang mempunyai tanggungan seperti isteri dan anak. Tapi sebenarnya, sebaik saja kita mempunyai pendapatan, kita sepatutnya sudah memiliki Takaful. Bahkan, ia lebih ideal untuk dimiliki sejak muda kerana harganya akan menjadi lebih mahal kalau kita lewat mencarum.Kalau masa sihat sudah kata tak mampu mencarum Takaful, bagaimana pula nanti jika ditimpa musibah?


3. Menyampah Dengan Ejen Yang Suka Memaksa
“Encik ni tak sayang keluarga ke?”

“Kalau Encik mati dulu, apa jadi dengan anak bini nanti?”

“Janganlah pentingkan diri. Takaful ni bukannya mahal pun Puan.”

Sakit hati tengok ejen-ejen Takaful yang buat iklan atau approach begini. Mulanya ada pasang niat juga nak ambil pelan Takaful. Tapi, disebabkan cara mereka yang agak ‘annoying’ ini, terus tangguhkan hasrat!Jadi, kalau ada ejen-ejen yang membaca, kalau pun anda sekadar bertujuan untuk ‘provoke’ dan membangkitkan kesedaran, gunalah ayat yang berhemah. Cara yang ‘kasar’ begini memang tak sesuai, terutamanya dengan orang kita yang penuh adat dan sensitif. Seperkara lagi, jangan pula terlalu mendesak hingga asyik telefon setiap hari dan berpura-pura rapat dengan seseorang semata-mata untuk melariskan jualan.

4. Nanti Ejen Yang ‘Kaya’
“Kalau kita beli Takaful, ejen itulah yang untung. Kita pula rugi sebab membayar setiap bulan kepada ejen tersebut. Senang-senang dia boleh kaya dengan duit kita…”

Memang betul ejen insurans akan dapat komisyen, tetapi sebenarnya ejen adalah pemudahcara untuk kita mendapatkan Takaful yang bersesuaian. Boleh saja kalau nak beli Takaful tanpa ejen dan ‘direct’ melalui bank. Tapi dengan adanya ejen ini, banyak kelebihannya juga. Cuma kita perlu bijak cari ejen yang bagus benar-benar jujur dalam menjual produk mereka, bukan sekadar mendapatkan keuntungan semata-mata.Mereka boleh beri nasihat dan perancangan kewangan, bantu kita isi borang untuk tuntutan, atau mereka selalunya ada masa untuk ingatkan kita untuk update dan review polisi.


5. Lama Dah Ada Takaful Ni…
Ya, kita pernah beli masa bujang dulu, tapi kita beli yang paling murah dan tak pernah update. Entah apa yang ada dalam polisi itu pun kita dah lupa. Cuma tahu bayar bulan-bulan pakai auto-debit.

Apabila kita membeli produk yang terlalu asas, ia boleh menyukarkan seseorang untuk mendapat perlindungan yang mencukupi. Nanti bila jadi apa-apa, barulah kita komplen sebab tak dapat claim dan sebagainya. Sedangkan, ia tidak termasuk dalam polisi atau perjanjian Takaful tersebut.Menurut pakar kewangan, kalau mengikut kepada rule of thumb, nilai polisi Takaful yang paling sesuai dengan kita adalah bernilai 10 kali ganda daripada jumlah gaji tahunan kita. Maka, bagi yang berkeluarga, mereka perlu lebih bijak memilih pelan Takaful yang bersesuaian.

Perancangan Kewangan Jangka Masa Panjang
Takaful mewujudkan bantuan kewangan supaya hidup kita dipermudahkan dan kita redha dengan takdir atau musibah yang telah ditetapkan ke atas hamba-Nya yang beriman. Takaful juga adalah perancangan kewangan jangka masa panjang yang sebenarnya berbaloi untuk dimiliki.Tiada lagi orang jatuh miskin sebab sertai takaful, tapi ramai jatuh miskin sebab tiada takaful.Apapun, bukan mudah nak tukar mindset orang kita kan?