5 Kisah Misteri Di Lebuhraya Karak Yang Menjadi Bualan Sehingga Kini

Mari baca kisah-kisah seram di Lebuhraya Karak. Sekarang ini semua sudah maklum bahawa jalan lebuhraya Karak memang agak berpuaka dan pelbagai kematian membabitkan kemalangan maut terjadi di jalan raya. Bukan saja kemalangan, malah pelbagai cerita penampakkan makhluk halus turut dilaporkan oleh pemandu yang penuh lalu di laluan berkenaan.
Kalau anda ingin tahu, Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kuang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

Antara kisah-kisah seram yang benar terjadi di Karak Highway.

1. Misteri Volkswagen kuning
Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning dianggap berhantu, yang sering menganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Karak. Hantu Volkswagen kuning ini bermula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi, sejak lebuhraya utara selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami pula meninggal dunia sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula volkwagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang meninggal dunia akibat dibunuh kejam oleh isterinya. Volkswagen kuning ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kenderaan tersebut, ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai, kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning ini.

Menurut yang pernah mengalami gangguan Volkswagen kuning ini, iaitu seorang pelajar UIA, yang datang dari Gombak menuju ke Temerloh dengan menggunakan motosikal pernah melalui dan terserempak dengan kereta kuning di Lebuhraya itu pada tahun 2009 pada waktu senja kira-kira jam 7.30. Disebabkan beliau mengetahui akan misteri tersebut, beliau hanya mengambil langkah bertenang dan tidak memotong kereta tersebut. Kereta tersebut bergerak tanpa pemandu…

2. Penampakkan Pontianak
Tanpa berfikiran panjang, pintu kereta ditutup dan saifulllah menekan pedal minyak emahunya. Malik menekup muka, Azizi pula menenangkannya. Tingkap yang sebelum itu dbiarkan terbuka panta ditutup. Hadi bertanya, apa yang mereka nampak dan kenapa mereka dalam keadaan ketakutan begitu sekali.

“aku rasa aku nampak Pontianak. Dia tengah baring terlentang atas but kereta kau tapi muka dia menghadap kita”
“masa aku toleh kebelakang tadi, mata aku betul-betul nampak matanya.” kata Saifullah ketika menceritakan detik cemas dia dan rakan-rakannya di sapa oleh makhluk halus di Lebuhraya Karak.

Selepas mendengar pengakuan dari rakannya, Saifullah cuba memberanikan diri untuk melihat ke cermin pandang belakang namun tiada apa kelihatan. Hadi pula cuba pandang ke belakang menerusi cermin isi.
“pul, betullah. Aku ada nampak ada ‘benda’ dekat belakang,” kata Hadi.
Mendengar katanya, kami semua tidak putus-putus membaca kalimah al-Quran. Hadi pula beberapa kali mengalunkan azan dalam tempoh 15 minit,” kata Saifullah.

Apabila keadaan menjadi tenang, baru empat sekawan ini faham mengapa lori dan kereta memintas mereka menyalakan lampu besar.
“mungkin mereka nak bagitahu kita pasal lembaga tersebut, tetapi kira tak faham. Mujur mereka masih dapat mengawal kenderaan kerana panic dan takut yang melampau juga boleh mengundang kemalangan.” Jelasnya yang ehingga kini mengelah untuk menggunakan jalan Lebuhraya Karak pada waktu malam.

Tidak menolak kewujudan entity di laluan berkenaan, ramai yang berpendapat kawasan di sepanjang lebuhraya terebut memang keras.Ada yang mengaitkan gangguan-gangguan tersebut terjadi ekoran kejadian kemalangan maut yang kerap berlaku di situ. Ada juga yang berpendapat, kawasan tersebut memang ‘keras’ kerana ia adalah tapak asal perkuburan lama.

3. Budak sesat cari emak
Pada suatu malam, ada seorang lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur mahu pulang ke rumah pada waktu malam. Selalunya ramai orang memilih untuk menggunakan lebuh raya Karak pada waktu malam kerana mahu menggelakkan kesesakkan lalu lintas dan juga bahang panass matahari.

Namun lelaki ini tidak ada berfikiran yang agak pelik atau negatif daripada kisah-kisah seram di lebuh raya Karak tetap menggunakan jalan tersebut. Tetapi, oleh kerana terlalu penat pada malam itu, dia memilih untuk berhenti memandu dan tidur di dalam kereta di tepi jalan. Silap besar!!!!
Itulah yang berlaku. Mungkin uncle seeker ini boleh menggunakan idea ini untuk mengesan kewujudan entity dan bukti kewujudan hantu di lebuh raya Karak.

Baru sahaja beberapa minit dia terlelap, dia kembali dikejutkan dengan bunyi ketukkan tingkap dari luar. Rupa-rupanya ada seorang budak lelaki merenungnya tanpa berkelip-kelip dan bertanya kepadanya dimana ibunya.
Pemandu itu masih mempunyai naluri yang kuat. Nalurinya kuat mengatakkan dia harus menghidupkan enjin kereta dan memecut laju dan jangan memperdulikan budak misteri itu. Pemandu itu pun terus meninggalkan tempat tersebut dengan kereta yang dipecut laju. Dari cermin belakang keretanya, dia melihat budak itu masih mengejar dengan laju walaupun pada ketika itu kereta pemandu itu sedang bergerak pada kelajuan melebihi had laju nasional. Budak itu masih lagi mampu mengekori keretanya dan sempat lagi bersaing sebelah menyebelah dengan pemandu kereta itu.

Budak itu terus bertanya dan bertanya jika pemandu itu tahu di mana ibunya. Kemudian sebuah kereta polis peronda pun muncul lalu mengekori kereta lelaki itu. Ketika itulah hantu budak sesat cari ibunya itu menghilangkan diri. Lelaki itu dalam ketakutan dari Kuala Lumput menceritakan segala-galanya kepada pegawai polis. Pegawai polis memberitahu lelaki tersebut kisah disebalik budak yang menganggu lelaki tersebut.

Pada suatu ketika dulu, ada kemalangan berlaku di ini. Kemalangan berlaku dipercayai kerana penumpang di dalam kereta tersebut tidak memakai tali pinggang keledar keselamatan semasa memandu. Dalam kemalangan itu,ibu kepada budak tersebut telah tercampak ke luar dari keretanya. Manakala budak terebut kekal di dalam kereta itu. Disebabkan hal itu, budak itu pun merayau-rayau mencari ibu sehingga kini.

Lelaki dalam ketakutan dari Kuala Lumpur itu pun bertanya bila peristiwa itu berlaku. Pegawai polis itu memberitahu kes kemalangan itu berlalku sudah terlalu lama. Lelaki itu berasa pelik kenapa budak itu tidak membesar. Polis itu pun memberitahu, kalau dah namanya hantu, seratus tahun lagipun tetap macam tu la rupanya. Begitulah kisah hantu budak sesat cari emaknya di lebuh raya Karak. Ada orang kata semasa kemalangan berlaku, budak itu duduk yang bahagian depan manakala ibunya sebagai pemandu. Dalam kemalangan itu, cermin pecah dan kaca menusuk ke mata budak itu.

4. Panggilan seram
Suatu malam, seorang DJ Radio pada tahun 90-an mengadakan satu rancangan berkongsi cerita-cerita seram. Ada seorang pemanggil call dan ceritakan satu pengalaman ngeri. Cerita itu boleh didengari secara langsung oleh semua pendengar seluruh Malaysia. Pemanggil itu menceritakan pengalaman dia sedang memandu malam di sebuah lebuh raya bersama isteri, anak dan kedua orang tuanya yang mana kemudian mereka terlibat dalam satu kemalangan tragik. Kereta yang dipandu itu terjatuh ke dalam gaung.

Dia memberitahu dia sangat sedih kerana kedua orang tuanya dan seluruh ahli keluarganya meninggal dunia akibat kemalangan itu. Akhir sekali, dia berkata dia nampak dirinya juga mati di tempat kejadian, diikuti dengan ilai tawa dan kemudian talian terus terputus! DJ radio berkenaan cuba memanggil semula beberapa kali dan panggilan tidak dapat disambung lagi. Beberapa minit kemudian, rancangan kembali seperti biasa. Ramai yang menyangka ia hanya sekadar satu panggilan palsu atau prank call.

Namun keesokan harinya, di akhbar terpampang berita mengenai kemalangan di kilometer yang sama seperti yang diceritakan oleh si pemanggil radio malam tadi. Dan mangsa yang mati adalah dua orang warga emas, seorang kanak-kanak dan sepasang suami isteri! DJ radio berkenaan terkejut lalu cuba mendengar semula rakaman malam tadi daripada pemanggil misteri itu, namun rakaman hanya dipenuhi dengan bunyi senyap yang mengerikan!

5. Kereta rosak dan tersadai di tepi lebuh raya
Sepasang suami isteri yang masih muda bersama bayi mereka sedang dalam perjalanan di Lebuh Raya Karak. Ketika itu, waktu malam. Semasa si suami sedang asyik memandu, tiba-tiba, kereta yang dipandunya menghadapi masalah dan enjin terus mati. Si suami terkejut kerana dia yakin sudah memeriksa kereta itu sebelum memulakan perjalanan jauh demi keselamatan keluarganya. Akibat tiada pilihan lain, mereka terpaksa berhenti di tepi jalan.

Si suami keluar untuk periksa enjin kereta itu manakala si isteri bersama anak mereka menunggu di dalam kereta. Selepas beberapa minit, si suami kembali semula dan memberitahu yang dia tak jumpa apa-apa masalah dan cuba untuk menghidupkan kereta itu lagi. Malangnya, enjin masih gagal untuk dihidupkan. Akhirnya, si suami terpaksa membuat keputusan yang sukar, sama ada tunggu sahaja sampai kereta lain lalu atau cari pondok telefon berdekatan.

Tidak ingin meninggalkan keluarganya, si suami mengambil keputusan untuk menunggu. Namun, setelah 20 minit menanti, tiada satu kereta pun yang lalu di situ. Si suami tiada pilihan, dia nekad untuk cari pondok telefon berdekatan. Sebelum pergi, dia menasihati isterinya mengunci pintu kereta. Dengan berat hati, dia meninggalkan isteri dan anaknya. Si isteri hanya melihat suaminya berjalan pergi dengan penuh kerisauan. Dia berdoa agar seseorang akan ternampak kereta mereka yang rosak dan menawarkan bantuan. Dia juga khuatir jika kemalangan terjadi di Lebuh Raya Karak.

Berjam-jam berlalu, si isteri mula bertambah risau. Dia risau jika sesuatu terjadi kepada suaminya. Tiba-tiba, dia terlihat cahaya biru dan merah yang datang dari kereta peronda. Melalui cermin pandang belakang, dia nampak seorang anggota polis keluar dari kereta dan menuju ke arahnya. Mereka meminta si isteri untuk keluar dari kereta rosak itu secara senyap dan jangan pandang belakang.

Si isteri keluar (bersama bayi) dan berjalan ke arah kereta polis dengan anggotanya. Bila dia sudah berada di jarak yang selamat, dia pun menoleh ke belakang dan terlihat kepala tanpa badan suaminya di atas kereta mereka. Sehingga hari ini, badan si suami masih belum ditemui. Dipercayai, sepanjang menunggu suaminya pulang ke kereta dari pondok telefon, terdapat beberapa bunyi dentuman datang dari atas bumbung kereta itu.