7 Senarai Lokasi Paling Seram Yang Ada Di Malaysia

Kewujudan makhluk halus tidak harus dipertikaikan kerana sememangnya mereka benar-benar wujud. Segelintir masyarakat kita masih lagi enggan mempercayainya dan menganggap perkara sebegini adalah karut semata-mata.

seramshit.com ingin berkongsi 7 tempat paling seram yang wujud di Malayisa untuk mereka yang masih lagi tidak mempercayai kewujudan makhluk halus ini. Semoga ia dapat dijadikan sebagai rujukan untuk sesiapa yang mencari jawapan sama ada makhluk halus ini benar-benar wujud ataupun tidak.

1. Highland Tower
Highland Tower Merupakan tragedi runtuhan pertama dan terburuk yang pernah berlaku di Malaysia. Peristiwa tersebut terjadi pada 11 Disember 1993 di kondominium Taman Hillview, Ulu Klang. Seramai 48 orang telah menjadi mangsa korban yang menyayat hati ini.

Selepas kejadian itu, pelbagai kisah seram dan mistik telah berlaku di tapak runtuhan tersebut. Antaranya, kelihatan kelibat makhluk tanpa kepala dan suara wanita menangis di tengah malam. Malah, kisah seram ini juga turut pernah di filemkan di Malaysia.


2. Lebuhraya Karak
Lebuhraya Karak dikenali sebagai tempat yang seram dan telah meragut banyak nyawa. Berikut merupakan kompilasi beberapa buah kisah seram mengenai lebuh raya ini.

• FRU bertembung - Antara kemalangan yang paling popular adalah yang berlaku pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU. Apa yang berlaku ialah pertembungan di antara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta

• Tidur di Genting Sempah - Kawasan ini dikatakan menjadi tempat rehat bagi kebanyakan pemandu lori untuk tidur dan berehat sebentar. Tidak sah kalau tidur di situ tanpa kena 'tegur' oleh 'penjaga' dikawasan itu.

• Volkswagwen kuning - Kebiasanya, pemandu akan diganggu selepas melalui terowong Karak. Volkswagen kuning tersebut akan memotong kereta kamu dan selepas itu kereta itu akan dibawa dengan perlahan tanpa pemandu. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya. (tidak diketahui kebenaran kisah ini)


3. Amber Court, Genting Highland
Bangunan berkembar ini terletak di pinggir Genting Highland. Bangunan yang dikatakan berhantu ini merupakan sebuah lokasi yang sering berlakunya kes bunuh diri bagi orang yang kalah judi di sana. Terdapat pelbagai kisah seram yang berlaku, antaranya adalah kejadian aneh seperti televisyen terpasang sendiri dan penginap juga pernah menemui satu lembaga tanpa kepala sedang mendukung anak di dalam lif.


4. Taman Tema Mimaland, Gombak
Taman ini terkenal pada era 1980-an dan mula dibina pada tahun 1971. Satu kemalangan telah berlaku di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 dan telah menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura. Kejadian malang tersebut telah mengejutkan orang ramai sehingga memaksa pihak Mimaland menutup operasi sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi melakukan kerja-kerja penambahbaikan.

Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut telah ditutup kepada orang ramai. Kini lokasi Mimaland terbiar begitu sahaja dan ramai juga orang bercerita mengenai kisah seram di lokasi tersebut antaranya kelibat manusia tanpa kepala dan sering kedengaran suara menyeramkan di kawasan itu apabila senja menjelma.


5. Kubur wanita mati beranak di Kuala Kubu Bharu
Pusara tidak bernama ini telah wujud lebih daripada 110 tahun dan dikatakan berikutan peristiwa yang dikaitkan dengan hubungan terlarang, zina di antara ibu dan anak kandungnya. Ada cerita yang memberitahu mungkin arwah tidak sempat dikebumikan di tanah perkuburan Ampang Pecah jadi dikebumikan di sini, dan sebab mengapa tidak sempat itu, masih tidak diketahui.

Ada pula kisah yang mengatakan wanita itu ditelan bumi sebaik bersalin dan tidak sempat diselamatkan. Bayi yang dilahirkan katanya adalah hasil daripada hubungan terlarangnya dengan anak kandungnya sendiri. Selang beberapa tahun kejadian tersebut, kubur yang sepatutnya dijadikan peringatan tentang kekuasaan ALLAH itu telah disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat pemujaan dan melakukan amalan-amalan khurafat.

6. Institusi St Michael, Ipoh
Sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk menjalankan aktiviti penyeksaan terhadap tawanan perang.

Terdapat banyak terowong yang dibina untuk tujuan penyeksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di sebuah gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh Kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi.


7. Victoria Intitution, Kuala Lumpur
Ditubuhkan pada tahun 1893, sekolah ini merupakan sekolah tertua di ibu negara. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar British diseksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas serta mencederakan orang yang berada di sekelilingnya.


Pernah mengalami kisah seram di lokasi yang kami senaraikan ni? Komen dibawah.