Bandang - Part 1

PART 1
Cerita ini aku dengar dari ayah aku. Ayah aku membesar di Melaka, tetapi longhat, adat, suku masih ikut macam Negeri Sembilan, sebab sempadan kot? Korang pernah dengar perkataan “Bandang”? dari kecil lagi ayah aku kalau Nampak anak-anak dia rambut tak reti nak sikat mesti dia kata
“apo kau ni dah macam bandan ghoman (rupa) kau”.

Perkataan itu melekat juga kat anak-anak dia sampaikan kitaorang kalau Nampak orang rambut serabai mesti kitaorang kata macam bandang. Padahal masa tu tak tahu pun bandang itu apa. Sampai mak aku marah, “panggil-panggil bandang tu, datang betul btul baru korang tau”.
Bila dewasa sikit, aku pun ambil inisiatif nak tahu apa benda bandang ni. Aku pun Tanya ayah. Ayah kata bandang ini sejenis hantu yang famous di kampong dia dulu. Dia pernah terjumpa sekali dengan bandang.

Masa tu ayah masih kecil lagi, sekolah rendahlah kiranya. Bangun pagi nak mandi dan pergi sekolah. Zaman itu tak ada air paip lagi, jadi kenalah mandi di perigi. Perigi pula jauh dari rumah, jadi berjalanlah dia seorang diri ke perigi itu.

Masa tu ayah aku pergi dalam jam pukul 6 pagi agaknya. Entahlah, masa tu ayah bukannya ada jam pun. Lampu jalan pun taka da tapi masih boleh Nampak lagi lah jalan raya, pokok apa semualah walaupun dalam keadaan samar-samar. Apabila ayah sampai ke perigi, dia terus buka pakaian nak mandi dan tiba-tiba ayah terdengar bunyi…

“brrrrrr….grrrrrrrr….brrrrrrr….”

bunyi seolah-olah orang sedang dalam keadaan kesejukkan. Tetapi bila ayah tengok sekeliling, memang takde orang pun di sana. Padahal bunyi tu macam dekat. Dia pun tinjau di sebelah depan (balik) perigi. Hah!!!! Nampaklah satu makhluk ini sedang duduk mencangkung elok saja.
Badannya besar dari manusia biasa. Muka tak Nampak sebab rambut dia mengerbang panjang, kasar-kasar seperti penyapu sambil itu tak berhenti buat bunyi, “brrrrrr….greeeee…”

Ayah aku ternampak benda tu pun terus lari dan tetapi ayah aku ingat pesan orang-orang tua (entah orang tua mana pesan kat dia) yang mana kalau kita Nampak bandang ni kita lari, nanti kita kena demam panas sambil buat bunyi “bbbrrrrrrr….bbbrrr….” yang macam bandang buat tu.. dia memang kata biasa dah orang kampong terjumpa atau terserempak dengan bandang ni.

Jadi, ayah aku pun batalkanlah niat dia nak lari. Dia buat rileks je terus cedok cedok air sikit simbah di badan. Kemudian ambil kain baju, perlahan-lahan undur dan bila dah jauh sikit dari perigi barulah dia lari. Bandang itu pun tak kacau apa. Duduk saja disitu sampai ayah aku blah.

Baca Part 2: Bandang Part - 2