Cara Bermain Permainan Mistik "SPIRIT OF THE COIN"

Spirit of the Coin adalah permainan mistik atau mungkin lebih sesuai dipanggil 'ritual' yang bertujuan untuk menghubungi dan berkomunikasi dengan hantu atau roh atau apa sahaja makhluk alam ghaib seperti syaitan, jin dan lain-lain. Hantu dalam permainan Spirit of the Coin tidak akan berkomunikasi secara terus dengan pemain sebaliknya hanya menggerakkan syiling sahaja.

Tidak ada mantera khusus dalam permainan Spirit of the Coin menjadikannya agak mudah untuk 'dimain'. Walaubagaimanapun, jangan terlalu cepat terpedaya dengan keringkasannya kerana sudah terjadi beberapa kes paranormal atau kerasukan akibat ritual ini. Lagipun, pemain belum tentu tahu apakah jenis makhluk yang mereka akan hubungi. Mungkin hantu biasa, atau mungkin hantu yang lebih agresif.

Jika anda tidak perasan, Spirit of the Coin hampir sama sahaja dengan Ouija Board atau ritual Papan Ouija. Satu-satunya perbezaan ketara antara kedua-dua permainan memuja hantu ini ialah jenis objek yang digunakan. Papan Ouija menggunakan papan khasi yang dipanggil 'Ouija' dan ada penunjuk khas manakala Spirit of the Coin menggunakan kertas atau papan dan duit syiling. Ada juga masanya Papan Ouija dipanggil Spirit of the Coin dan begitu juga sebaliknya. Walaubagaimanapun, nama kedua-dua permainan atau ritual ini tidak begitu penting. Yang lebih penting, adalah tujuan anda 'bermain'nya.

Spirit of the Coin bukan sahaja ada di Malaysia tetapi di seluruh dunia sehinggakan ke Jepun. Di Jepun, mereka ada permainan yang cukup sama dengan ritual ini tetapi hanya memanggil satu sahaja hantu yang dipanggil 'Kokkuri-San'. Di negara lain biasanya di barat, mereka memanggil permainan ini 'Coined Spirit' yang mana berkongsi maksud dengan Spirit of the Coin.
Permainan ini cukup popular di kalangan pelajar-pelajar sekolah, biasanya di kalangan mereka yang tinggal di asrama dan yang menghadiri kem-kem tertentu. Mungkin sebab ini jugalah kenapa asrama sekolah sering dihantui dan kes kerasukan banyak terjadi di kalangan pelajar yang tinggal di asrama. Anda dinasihatkan, jangan berani cuba permainan ini melainkan mental anda cukup kuat.

Jika anda ingin mencuba permainan ini, anda kenalah mempunyai mental yang cukup kuat... dan juga budi bahasa yang baik. Untuk memulakan permainan Spirit of The Coin, pertama sekali anda hendaklah mencari sekurang-kurangnya seorang lagi pemain lain melainkan anda sudah cukup berani.

Seterusnya, cari tempat dan tunggu masa yang sesuai iaitu tengah malam dan ketika sudah sunyi. Jangan sesekali bermain permainan ini di rumah anda atau kawan anda atau di mana sahaja yang ada penghuni manusia, akan dijelaskan kenapa. Kemudian, sediakan kertas atau papan atau apa sahaja objek yang anda boleh tulis di atasnya. Perkataan yang harus ditulis di kertas atau objek yang anda pilih ialah 'balik', atau 'selamat tinggal', abjad-abjad, nombor dari sifar hingga sepuluh, perkataan 'ya' dan 'tidak'. Anda boleh menambah perkataan lain jika anda mahu. Ingat, anda harus menulisnya dengan kemas untuk bermain Spirit of the Coin..... atau hantu tidak akan faham tulisan cakar ayam anda.

Sediakan lilin dan syiling. Saiz dan jenis syiling tidak begitu penting tetapi sebaiknya gunakan syiling yang lebih besar supaya selesa. Jika anda mahu lebih menjadi, anda boleh gunakan syiling yang pernah digunakan oleh si mati yang bakal anda hubungi. Tetapi itu hanyalah pilihan sahaja. Jika sudah tersedia, nyalakan syiling dan pastikan tiada sumber cahaya lain selain daripada api lilin tadi. Kemudian, letakkan syiling di atas kertas atau objek yang anda tulis. Pemain-pemain hendaklah meletakkan jari mereka di atas syiling tadi. Untuk memulakan permainan Spirit of the Coin, anda boleh bertanya kepada hantu atau roh di sekitar anda. Tidak anda mantera khusus tetapi anda boleh mula dengan bertanyakan soalan seperti, "adakah ada roh berhampiran dengan kami?".

Jika tiada respon, cuba sekali lagi sehingga ada. Jika masih tiada, batalkan permainan dan pulang tetapi minta izin dahulu walaupun tiada respon. Jika ada respon, syiling akan bergerak ke perkataan 'ya' atau ke abjad dan membentuk perkataan-perkataan tertentu. Kemudian, anda boleh tanya apa sahaja soalan. Pastikan anda bersopan ketika bermain Spirit of the Coin atau hantu akan membalas perbuatan biadap anda. Jika anda ingin mengkahiri ritual ini, minta izin untuk pulang. Contoh kata-kata meminta izin pulang ialah seperti, "kami sudah selesai. Terima kasih untuk segalanya. Pulanglah ke tempat anda". Respon yang mungkin anda dapat ialah syiling bergerak ke perkataan 'selamat tinggal'. Sebaiknya tunggu ia pergi dahulu sebelum anda pulang ke rumah.

Peringatan kepada yang ingin bermain Spirit of the Coin.

1. Jangan biadap ketika permainan.
2. Jangan lakukan di rumah yang berpenghuni.
3. Pernah terjadi kes kerasukan akibat ritual ini. Sila berhati-hati.
4. Pernah juga pemain menggunakan darah dalam permainan ini. Elakkan perbuatan itu.
5. Ada kemungkinan anda jumpa hantu yang jahat atau agresif.
6. Sebaiknya bawa alat pelindung seperti salib atau tangkal atau apa sahaja mengikut kepercayaan anda.
7. Jangan tanya soalan yang anda tidak mahu tahu.
8. Jangan terlalu percaya atau taksub dengan jawapan yang diberikan daripada makhluk alam ghaib.

Jika anda tertanya-tanya kenapa tidak boleh bermain Spirit of the Coin di rumah berpenghuni, ia adalah untuk mengelakkan roh atau hantu menghantui rumah tersebut. Jika anda ada baca kes paranormal 'The Enfield Poltergeist', kes itu bermula setelah mereka bermain permainan berkomunikasi dengan hantu. Walaupun belum pasti ia adalah punca mereka dihantui, tetapi sebaliknya anda berhati-hati ketika bermain Spirit of the Coin.

Antara akibat daripada 'permainan' ini.

Itu sahaja informasi yang penulis boleh kongsikan kepada pembaca mengenai permainan atau ritual Spirit of the Coin. Apa yang ditaip di sini hanyalah sekadar perkongsian maklumat sahaja. Jika pembaca bermain permainan ini dan terjadi sebarang masalah, penulis enggan bertanggungjawab. Jika tidak menjadi, jangan hampa tetapi bersyukur. Sekali lagi, tidak ada mantera khusus untuk memulakan permainan ini seperti yang dikatakan oleh segilintir orang tetapi berhati-hati dengan apa yang anda hendak katakan atau tanya ketika ritual ini.

p/s: Kawan penulis tanya, "macam mana kalau kita tanya jika ada roh berhampiran dan syiling bergerak ke perkataan 'tidak'? Adakah itu bermakna ada atau tiada?". Penulis pun tidak mampu menjawabnya.