KISAH IBU MERTUA - Disihir Mertua Sendiri

Kisah seram kali ini admin berkongsi daripada salah seorang wanita yang dia tidak mahu disebutkan nama sebenar. kisah benar ini terjadi seorang wanita bernama Noraishah (bukan nama sebenar) dikatakan dia sekarang sudah berpisah dengan suami. Walaupun dia berasa berat menerima kenyataan bahwa dia sudah dua tahun membina bahtera rumahtangga bersama suami namun, terpaksa berpisah dengan suami. Saya berumahtangga dengan harapan dengan harapan saya boleh hidup semati dengan pasangan saya. Namun apakan daya, kami terpaksa juga untuk berpisah.

Pada mulanya, memang kami seperti pasangan yang lain. Kami memang bahagia admin. Dan saya yakin perpisahan kami bukan kehendak suami saya. Memang saya sangat yakin. Tapi kerana ibu mertua saya. Begini sebenarnya, saya dengan suami dah lama berkawan. Dan suami saya ni dululah, sebenarnya kawan lama. Dan berjumpa lagi di laman social iaitu facebook. Masa tu pun suami saya belum ada pasangan dan saya juga kebetulan pun belum berpunya. Jadi tak salah la kan kami berkawan sebab tak ada komitmen pasangan antara satu sama lain. Tak ada salahkan kami berkawan.

Jadi, dari jadi kawan terus menjadi kawan istimewa atau lebih tepat lagi jadi pasangan kepada suami saya. Apabila ibu suami saya mendapat tahu tentang kami ibu dia tak suka dengan saya. Ye la anak dia tu anak pangkat tinggi. Saya ni cuma jururawat je di hospital. Anak dia memang berpangkat tinggi dalam tentera.

Jadi sebenarnya, ibu mertua nak jodohkan suami saya dengan wanita lain. Waktu itu saya dan anaknya memang sudah lama berhubung. Yela, dah lama berhubung semakin lama semakin sayang dan semakin cinta itu tidak dinafikan. Dan kami buat keputusan untuk mendirikan rumahtangga tapi ditolak oleh ibu mertua. Tetapi waktu itu ayahnya serta adik beradiknya semua okay dengan saya. Cuma ibu dia saja yang memang tak sukakan saya.

Dipendekkan cerita, saya pun berkahwin juga dengan suami saya. Bila dah berkahwin, kami pun dapat rumah untuk didiami. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat kerana saya tidak tinggal sebumbung dengan ibu mertua saya. Kalau kunci lambat dapat terpaksa tinggal dengan ibunya. Sebab rumah saya hanya tiga bilik. Semua dipakai oleh adik saya yang lain. Saya ada adik beradik tiga orang dua laki satu perempuan. Sebelum menikah saya berkongsi bilik dengan adik perempuan saya.

Jadi, saya kena tinggal dengan ibu mertua la. Bila tinggal dengan mertua masalahnya ibu mertua saya yang tak sukakan saya. Saya berbelah bagi dengan keadaan macam ni. Tapi tak apelah kerana sayangkan suami saya ikut tapi bila dapat berita yang saya akan berpindah selepas menikah terus saya bersyukur sangat-sangat.Tinggal rumah baru semuanya indah, bahagia, makan minum terjaga dan sebagainya. Dan dah dekat dua tahun hidup okay.
Kemudian, sesuatu berlaku di dalam rumahtangga saya. Saya dapati suami saya mula jarang-jarang balik. Kadang kala, beberapa kali pernah semasa saya tidur di katil bersama suami saya, saya merasa seperti ada sesuatu tolak saya beberapa kali. Dan saya tidur ditengah-tengah katil dengan suami, saya akan ke tepi sampai ke hujung katil.

Pernah pada suatu malam, saya dah ke tepi ni terbangun kerana ke tepi sangat dan hampir-hampir mahu terjatuh katil saya pun bangun pergi tandas nak buang air kecil. Saya keluar dari tandas, “YA ALLAH… “ Saya mampu mengucap. Dalam bilik yang gelap gelita, saya Nampak sesuatu berbentuk pocong sedang berbaring sebelah suami saya. Bila saya Nampak saya terkejut, saya keluar tandas saya tersentak dalam keadaan yang menyeramkan itu. Saya terus pejam mata, saya beristigfar banyak kali.

Setelah itulah, saya merasa seolah-olah ada benda atau makhluk yang nak pisahkan hubungan saya dan suami saya. Benda ni nak merenggangkan saya dan suami saya sampaikan kami tidur pun saya tak boleh rapat dengan suami. Setelah itu saya dapat merasakan perbezaan dalam rumah. Suami dah jarang balik, saya duduk rumah seorang diri, kadang-kala saya call suami saya, saya Tanya dia di mana, dia jawab di rumah mak.

Bila ditanya kenapa tak balik, suami jawab dia tak balik nak stay semalam di rumah mertua. Saya merasa pelik, dua tahun duduk rumah sendiri tapi suami nak balik rumah mak mertua. Pada suatu malam suami saya berada dirumah ibunya, saya sedih dalam rumah saya seorang diri dekat atas katil sedang menanggis. Tiba-tiba, saya terdengar sesuatu, suara yang menakutkan. Saya terdengar sesuatu yang seakan-akan menyanyi.

Saya pun bangun dan jalan perlahan-lahan beranikan diri buka pintu bilik dekat ruang tamu yang gelap, saya ternampak susuk tubuh wanita yang bersandar di sofa ruang tamu. Saya Nampak dibahagian belakang susuk tubuh tersebut, dengan rambut panjang yang sangat panjang. Saya ternampak benda tu, saya perlahan-lahan tutup pintu bilik ,kunci dan berlari di atas katil saya pun baca ayatul kursi. Bila saya tengah membaca ayatul kursi, benda tu hentak pintu, gertak saya sebab nak takutkan saya. Saya pun kuat hati dan teruskan bacaan walaupun gangguan itu berlaku. Bila saya sudah habis membaca, barulah tenang keadaan di dalam rumah tu.

Setelah 4 bulan suami saya dah tak balik, tak endahkan saya, dan dia minta cerai dengan saya. Saya Tanya apa alasan minta cerai dengan saya. Dengan slumber dia jawab dia dah sayang saya lagi, saya terkejut dengan jawapan suami saya… tak akan begitu mudah dan saya yakin bahwa ibu mertua saya yang hantar benda ini semua untuk porak perandakan rumahtangga saya. Setakat itu sahaja cerita seram yang saya alami . terima kasih.

TAMAT.