Misteri Makhluk di Jalanan

Malam jumaat datang lagi!! Bila tiba malam jumaat, teringat masa kecil-kecil dulu, bila saja datang malam jumaat, kami adik beradik selalu berkongsi cerita mengenai kisah tentang hantu.
Ntah dari mana tahyul ni tak tahulah. Mengapa malam jumaat sering dikaitkan dengan hantu? Ada dalam mana-mana nas ke bile tiba malam jumaat jin, iblis dan syaitan akan keluar beramai-ramai mencari dan megusik manusia?

Tapi yang saya nak ceritakan ini ialah pengalaman dari sahabat saya sendiri yang agak menyeramkan juga. Dan ia berlaku secara kebetulan pada malam jumaat. Kawan saya bernama Ardi berasal dari Pulau Pinang tapi mempunyai rumah di Alor Setar.

Apa yang Ardi kongsi kisah seram dengan saya ini adalah satu peristiwa yang beberapa tahun yang lalu dimana dia dulu bekerja di Kangar, Perlis. Dia ketika itu selalu ulang alik dari rumah Alor Setar ke Kangar sejauh 50 kilometer (pergi balik 100 kilometer). Kadang-kadang kerja dia memerlukan dia untuk pulang lewat ke rumah, sebab boss dia selalu buat mesyuarat pada waktu malam. Nak tak nak, Ardi kena hadap la keputusan boss dia. Ye la kan orang makan gaji kena patuh kepada boss.
Boss Ardi suka buat mesyuarat dalam pukul 10 malam kerana siang dia sangat sibu dengan kerja di pejabat. Lepas semua orang pulang dari pejabat jam 5 petang, tinggallah Ardi sorang-sorang di pejabat sehingga malam. Tapi itu dah jadi perkara biasa Ardi,duduk di pejabat seorang diri sambil menghabiskan kerja yang berlambak itu.

Suatu hari PA boss bagitahu mala mini boss panggil mesyuarat. Ala boringnya, mesyuarat waktu malam lagi, gerutu hati Ardi. Tapi apa nak buat bila panggil mesyuarat perlu hadir juga, tak kira siang atau malam. Kebetulan malam tu malam paling tak seronok kerana dia ada urusan lain sebelum itu. Sepatutnya mesyuarat dijadualkan pukul 9.30 malam tapi di tunda kepada pukul 10:30 malam. Tapi apakan daya, boss always right!!! Kena patuh la!!

Agenda mesyuarat juga panjang dan paling annoying masa tu ramai sangat nak bercakap dan nak bagi idea sampai-sampai mesyuarat habis dalam pukuk 12:30 tengah malam. Lepas habis mesyuarat, boss jemput semua yang hadir mesyuarat menikmati jamuan sedikit dari pihak boss.

Tapi masa tu Ardi terus balik tak teringin nak makan di tengah malam buta ni. Plus, Ardi masa tu sangat-sangat letih. Jadi dia keputusan nak blah dari jamuan tersebut. Ye la, majority pekerja situ semuanya orang Kangar. So dapat la balik lewat, tapi Ardi terpaksa ulang alik dari Kangar ke Alor Setar untuk sampai ke rumah.

Seperti biasa, bila mengenderai kereta seorang diri, Ardi akan pasang radio yang agak kuat supaya hilang rasa mengantok. Sambil mendengar radio,sambil tu Ardi ikut menyanyi. Menyanyi bukan apa selain menghiburkan diri sendiri juga untuk mengelakkan merasa mengantuk.

Malam itu entah mengapa, lepasa saja melepasi pekan Sanglang kereta di jalanan semakin berkurang. Bila tiba di pecan Air Hitam, Ardi perhatikan tiada kereta di depan dan di belakang Ardi. Kira-kira 3 kilometer selepas melepasi pekan Air Hitam, kereta Ardi di pandu melalui sebuah kawasan sawah yang agak luas. Dan di itulah segala-galanya berlaku.

Tiba-tiba Ardi terdengar bunyi suara gemersik dari sawah sebelah kanan Ardi. Bila diperhatikan kea rah bunyi suara itu, Ardi ternampak satu lembaga putih besar bergolek=golek dari tengah sawah menuju ke kereta Ardi. Lembaga putih itu tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan. Ardi tak Nampak jelas wajah sebenar lembaga itu tetapi ia seolah-olah satu bungkusan putih yang agak besar. Pilihan Ardi masa itu sama ada melanggar lembaga putih atau menggelakkanya yang mungkin akan terpelanting masuk ke dalam sawah.

Akhirnya, Ardi nekad melanggar saja lembaga putih itu. Terdengar satu dentuman yang kuat bila Ardi melanggarnya. Ketika itu Ardi berkata dalam hati “ habislah kereta aku!!”. Ardi mengucap panjang dan membaca beberapa ayat suci sambil cuba membawa kereta setenang mungkin. Ketika menghampiri Bandar Alor Setar barulah banyak kenderaan yang ditemui. Ketika itu barulah hati terasa tenang.

Ketika tiba di rumah, perkara pertama yang Ardi lakukan ialah mencuci kaki di luar rumah sebelum memasuki rumah itu. Itu petua orang tua-tua. Kemudian baru Ardi pergi periksa kereta yang baru melanggarr objek putih dengan dentuman yang kuat itu. Anehnya, Ardi tidak menemukan sedikit pun kesan kemik di kereta itu. Habis apa yang langgar Ardi masa tu????
Itu jadi persoalan.

Keesokan harinya, Ardi pun menceritakan peristiwa itu kepada rakan sepejabatnya. Seorang pemandu pejabat yang sering melalui jalan tersebut berkata memang sudah ramai orang yang nampak benda-benda pelik di kawasan itu. Kadang-kadang ia menyerupai pocong, kadang-kadang dalam bentuk sekawan binatang liar yang melintasi jalan dalam jumlah yang banyak dan kadang-kadang menyerupai pokok yang tiba-tiba tumbang di atas jalan. Bagi mereka yang tak biasa jalan tersebut akan tidak bernasib baik kerana mereka pasti akan mengelakkan dari melanggar benda-benda itu dan akibatnya kenderaan mereka akan terjunam ke dalam sawah.

Ramai yang pernah tercedera malah terbunuh apabila terkejut dan terbabas selepa melihat benda-benda itu. Bila dengar cerita dari rakan sepejabatnya, Ardi merasa lega dan membuat keputusan betul dengan melanggar lembaga putih tersebut. Jika Ardi mengelak mungkin Ardi akan disenaraikan salah seorang manga kemalangan di kawasan itu…