Misteri Rumah Biru

Kisah ini berdasarkan kisah benar yang aku alami dari tahun 2000 di Kuching, Sarawak. Sementara menuggu rumah mama dan abah aku siap sepenuhnya untuk renovation, kami terpaksa mencari rumah sewa untuk sementara kami duduki selama 1 tahun. Untuk itu, aku ditugaskan untuk mencari rumah sewa bersama kawan baik aku, Erma disekitar Petrajaya,Kuching.

“eh cantik la rumah tu” aku menunjuk rumah yang tak jauh dari perumahan kami.
“ye la cantik…” jawab Erma

aku pun datang mendekati rumah tersebut dan aku ternampak ada tulisan dan nombor handphone untuk sewa. Kebetulan juga aku ditugaskan untuk mencari rumah sewa sebelum abah aku nak renovation rumah kami.

Dari luar rumah, rumah biru itu kelihatan sangat cantik dengan balkoni yang luas dan berbumbung membuat aku tertarik untuk memaklumkan kepada mama dan abahku mengenai rumah biru tersebut. Tanpa melengahkan masa, aku pun mengambil nombor yang tertera di rumah tersebut untuk menanyakan apakah masih kosong untuk disewakan. Pada malam itu, aku pun menunjukkan gambar rumah biru itu kepada ibu dan abahku. Dan mereka pun bersetuju untuk menyewa dan abahku terus menghubungi tuan punya rumah biru tersebut.

Seminggu kemudian, kami sekeluarga pun pindah ke rumah biru yang cantik ni. Ye la rumah seperti agak luas dan sangat besar. Warna cat yang hampir pudar beserta lumut-lumut kecil yang ada di dinding membangkitkan suasana seram sejuk pada rumah ini. Berkemungkinan sudah lama ditinggalkan oleh tuan rumah kot, getus hati ku.

Semasa kami sibuk mengemas, jiran kami mak cik Amy, kelihatan seronok sangat bila dapat tahu yang dia bakal dapat jiran baru. Tapi alis muka nya seperti kebingungan dan tanda Tanya. “ah, mungkin mak cik ni nak sembang-sembang dengan kami kot.” Gusar aku.

Abah punya sikap, dia suka baring sambil buka tv di ruang tamu. Boleh dikatakan rutin harian. Kadang-kadang tv yang tengok dia. Aku pulak sibuk untuk membuat persediaan dalam peperiksaan penting tahun ini kerana aku bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Jadi, aku dilarang keras untuk tengok tv dan lebihkan masa di dalam bilik untuk mengulang kaji pelajaran.

Minggu pertama kami semua keletihan kebetulan masa tu masuk bulan Ramadhan. Masing-masing tidur awal. Minggu kedua, semua barang dah disusun rapi oleh mama. Keadaan dirumah dah kembali tenang bila Nampak kemas dan bersih.

Aku memang jenis kalau ulangkaji pelajaran, memang aku akan kunci pintu bilik kerana tak mahu diganggu. Maklumlah aku ada dua adik yang masih kecil dan dorang akan datang ke bilik aku semata-mata untuk mengganggu aku. Dalam aku leka mengulangkaji pelajaran, aku tak sedar jam sudah menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.

Di meja belajar aku ada cermin, jadi aku boleh nampak keadaan di bilik dalam aku. Apabila aku terpandang cermin itu, aku ternampak wajah abah dengan muka serius betul-betul berdiri terpacak di belakang aku. Mata yang tadinya mengantuk terus terbuka luas, berlakon macam semangat gila nak ulangkaji. Lepas tu aku toleh balik, “eh, abah dah takda, bila dia keluar?” soal aku dalam hati.

Aku pun buka kunci bilik dan nak keluar sebab rasa nak kencing. Bilik aku depan sekali berdekatan dengan ruang tamu. Aku ternampak abah dok tengok tv tapi siaran kosong sebab dah lebih jam 12 malam. Mata abah straight tengok ke tv seolah-olah tengah melihat sesuatu. Aku pun mendekati abah dan kejutkan abah. Dia buat keras badan dan matanya terjengil.

Disebabkan aku dah tak tahan nak kencing, aku pun berlalu tanpa endahkan keadaan abah yang masih seperti tadi dan terus ke bilik air. Kebetulan juga mama keluar dari bilik pun nak ke bilik air.

“La… mama nak ke tandas juga ke? Bagi la kakak dulu, dah tak tahan sangat ni. Sebelum tu baik mama kejutkan abah di ruang tamu tu masuk tidur. Ni tengok tv sorang-sorang. Mane ada siaran lagi lepas pukul 12 malam.” Kata ku sambil menahan air kencing.

Mama tengok aku dengan kehairanan. “ kakak ni dah kenapa? Abah kau kan tidur dalam bilik tu! Abah kau la yang tidur berdengkur tu dalam bilik tu. Abah kan tak sihat, jadi dia tidur la awal”

Bila mama jawab seperti itu, aku yang tak tahan nak kencing tetiba-tiba rasa kecut perut. Rasa kosong sudah pundi kencing aku. Aku gagahkan diri pergi ke ruang tamu untuk pastikan apa yang aku lihat tadi. Bila aku lihat, kosong! Tv pun off. Tapi aku dapat rasa skrin tv tu masih panas seperti macam baru di tutup.

“ya Allah sapa la yang ada dalam bilik tadi, aku kunci pintu kan, abah tidur awal.. sapa pulak yang berdiri dibelakang aku tadi?” getus hatiku

Tanpa berlengah masa aku pun masuk bilik dan kunci. Aku menekup mukaku ke bantal kerana ketakutan apa yang terjadi. Kejadian kedua yang aku alami berlaku semasa aku membantu mamaku berniaga. Rutin mama pagi-pagi, dia akan kupas bawang banyak-banya diruang tamu. Bila aku cuti sekolah, aku memang selalu membantu mama untuk berniaga makanan di warung.

Sebakul sudah aku kupas bawang, tetiba adik lelaku ku, Arif, berlari sambil melangkah bawang yang aku sudah aku kupas tadi. “ hey!!! Tak Nampak ke kakak buat apa? Main langkah-langkah saja ni?” kataku dalam keadaan marah. Aku membebel sebab adik lelakiku ini memang nakal sikit. Mamaku pulak terkebil-kebil dengar aku membebel memarahi adik aku. “kakak kenapa nak marah arif? Arifkan sekolah pagi tadi? Kan dia ada sukan sekolah hari ini? Bila masa pulak Arif ada?” soal mamaku dengan nada kehairanan.

Soalan mama membuat aku terdiam seribu Bahasa. Aku tetiba meremang bulu roma ku dan aku dapat merasakan angina hasil dari larian adik lelakiku itu. Tak mungkin aku silap tengok. Tapi masa tu aku bersangka baik je la sebab masih siang hari.

Kami balik ke kampung selama seminggu kerana ada kecemasan di sana. Pulangnya kami ke rumah, mak cik Amy jiran rumah sebelah menyapa mama. “balik dari mana?” soalnya. Mama pun cerita la yang kami balik kampung kerana ada hal kecemasan dan seminggu tiada di rumah. Apabila mak cik Amy mendengar cerita mama, terus terjatuh lauk yang dipegangnya terus terhempas ke tanah. Terkejut bukan kepalang la dia. Dia jadi serba salah nak bagitahu. Mama pun cepat-cepat tenangkan Mak Cik Amy.

“Yatie, Amy tak rasa yang Yatie takdak seminggu kat rumah. Ada ja orang dalam rumah Yatie. Amy baru nak Tanya kenapa kurung Arif di luar rumah sebab Amy Tanya Arif dia tak jawab. Amy panggil Yatie, Yatie pun tak keluar. Lepas tu Amy dengar bunyi orang mandi, orang masak dan makan dalam rumah Yatie ni. Malam buka ja lampu, cuma Arif duduk kat luar. Amy cuma Nampak suami Yatie ja keluar masuk dalam rumah, kadang-kadang lalu tepi rumah tengok ayam belaan Yatie. Tapi tak cakap apa-apa terus masuk rumah” kata Mak cik Amy.

Bila mama mendengar cerita mak cik Amy, mama terus meremang. Mana taknya aku pernah mengadu dekat mama yang aku pernah terjadi benda pelik tetapi mama tak percaya. Sebab takut aku risau kot. Benda tu memang menyerupai abah dan Arif. Benda tu tak menyerupai orang lain selain abah dan Arif. Hampir 1 tahun kami sewa di situ macam-macam kami buat.

Kami baca Yassin, buat doa selamat. Alhamdulillah keadaan semakin reda dan makhluk tu dah keluar dari rumah biru itu. Waktu kami dah nak pindah ke rumah kami sendiri, baru mak cik Amy menceritakan segala-galanya. Sebelum kami menduduki rumah biru tersebut, rumah ini kosong 8 tahun. Semua yang sewa disini tak pernah sewa lebih dari sebulan. Semua cabut lari. Mak cik Amy memang tunggu orang datang duduk rumah itu kerana dia pon tak tahan kena gangguan dari rumah biru itu seperit menyanyi, mandi, bunyi kemas rumah, bertengkar dan berlari. Mak cik Amy berharap agar menemui jiran yang dapat tinggal lama di rumah itu.