12 Jenis Hantu Melayu Yang Popular Dan Sering Kita Dengar

Pernah tak anda tahu jenis-jenis hantu dan kelebihan yang ada pada mereka? Kali ini kami membawakan kepada anda 12 jenis hantu yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu di negara kita.

1. Langsuir
Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.

Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.

2. Pontianak
Puntianak atau lebih popular dieja sebagai Pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

Nama Pontianak kemungkinan besar berasal dari gabungan kata "bunting" (hamil) dan "anak", dan mempunyai banyak persamaan dgn Langsuir yg juga gemar menghisap darah manusia. Dgn mengetuk paku ke tengkok Pontianak dikatakan dpt mengubah wajahnya menjadi cantik rupawan.

3. Hantu Jepun
Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia. Tempat yang selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II.

Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya. Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.

4. Penanggal
Hantu Penanggal merujuk kepada wanita yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Biasanya, mereka akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal.

Penanggal dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai hantu Penanggal takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

5. Pocong
Hantu Pocong atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu bungkus merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan. Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

Kononnya hantu Pocong muncul bagi menunjukkan satu bentuk protes dari si mati yg terlupa dibuka ikatan kafannya sebelum kuburnya dikambus.

6. Jerangkung
Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain.

Jerangkung berbentuk seperti rangka manusia dan dipelihara di dalam rumah. Kononnya pemilik Jerangkung akan dilindungi oleh mahluk itu daripada sebarang serangan musuh. Jerangkung mampu merasuk mangsanya dan menjadikan mangsanya menderita. Jika tidak dijaga dgn baik oleh tuannya, Jerangkung akan hisap darah keluarganya.

7. Hantu Raya
Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.

Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

8. Toyol
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil.

Kononnya, Toyol akan dipelihara dlm sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap setiap kali bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya. Toyol biasanya dipelihara dgn tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dgn mencuri drpd jiran tetangga.

9. Hantu Kôpek
Hantu Kôpek merujuk kepada sejenis makhluk halus yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kôpek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kôpek (buah dàdà) mereka.

Hantu Kôpek dikatakan berkeliaran di kawasan perkampungan dan akan menyorok kanak-kanak yang merayau-rayau pada waktu senja. Mereka yang disorok oleh hantu kôpek, biasanya mampu melihat mereka yang mencari tetapi tidak mampu berkomunikasi dengan pencari. Masyarakat jawa percaya hantu Kôpek sering menyamar menjadi wanita cantik dengan buah dàdà besar untuk menarik perhatian kanak-kanak lelaki.

10. Pelesit
Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.

Hantu Pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

11. Hantu Air
Hantu Air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya. Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya. Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.

Dipercayai bahawa hantu Air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang atau dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak. Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

12. Orang Bunian
Orang Bunian dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia,

Orang Bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi didalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.