Pengalaman Menaiki Teksi Berhantu

Pengalaman seram ini tidah mudah untuk aku lupakan. kisah seram ini berlaku pada 12 tahun yang lalu dan sukar untuk dipercayai. Aku nak kongsi kisah seram ini supaya kita berhati-hati bila dalam keadaan sepi dan sunyi. Kejadian ini berlaku semasa aku baru sebulan berpindah ke block 13, Eunos Crescent. Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.

Waktu itu waktu selepas maghrib, aku bersama kakak memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian untuk majlis perkahwinan saudara kami. Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba-tiba buat hal. Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya. Aku dan kakakku bukan tahu apa-apa pun mengenai kerosakkan kereta. kalau rosak, kami berdua akan hantar kereta ke bengkel ataupun menghubungi pomen untuk membaiki kereta.

Mula-mula kakakku pun menghubungi pomen untuk membaiki kereta kami. Akan tetapi, pomen tidak berjaya dihubungi. Aku pun cuba untuk menghubungi abang kami untuk mendapat bantuan. Namun malangnya, abang kami masa tu tengah bertugas pada waktu malam. Dan kami pun terus membuat keputusan meninggalkan kereta di tepi jalan sahaja, menantikan hari esok untuk membaikinya.

Kami pun teruskan perjalanan dalan keadaan gelap dan ditemani cahaya lampu jalan. Kami berjalan perlahan-lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil melihat kalau ada teksi yang melimpas. Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi. Yang peliknya, hampir satu jam kami menunggu, langsung tiada kenderaan yang lalu lalang termasuk teksi.

Dalam keadaan bosan menunggu, tiba-tiba entah dari mana munculnya teksi yang berhenti betul-betul dihadapan kami. Aku dan kakak aku tidak menahan teksi tersebut tiba-tiba teksi itu berhenti sendiri. Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambil mengucapkan rasa syukur.

Dalam teksi entah mengapa banyak cerita kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan. Dan pak cik yang memandu teksi itu pun hanya mendiamkan diri dan terus memandu. Pada masa itu, barulah aku sedar bahawa hampir satu jam kami berada di dalam teksi setelah aku melihat jam di tangan.. Dalam satu jam, kami berada di dalam teksi berkenaan dan masih belum juga tiba di tempat tujuan kami sedangkan perjalanan dari Bedok ke Eunos Cresent hanya memakan masa lebih kurang 20 minit sahaja.

Apa yang pelik, tiada pun jem ataupun kereta yang lain lalu lalang sepanjang perjalanan kami. Mustahil mengambil masa satu jam untuk sampai ke destinasi kami. Aku segera mencuit kakak dan bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat dilalui benar-benar kami tidak kenali langsung. kakak pun memberi isyarat menyuruh membaca apa saja ayat Al-Quran yang kami tahu. Terkumat kamit mulut kami membaca.

Setelah selesai, aku pun beranikan diri bertanya, " Apek kami nak ke Eunos Cresent! Ini jalan ke mana?" Apek tu hanya mengganggukkan kepalanya. Melihat situasi itu memnbuat aku bertambah gementar seperti hendak menanggis rasanya. Kakak pun menunjukkan wajah kerisauannya. Kami cekalkan hati dan terus membaca apa saja ayat-ayat yang kami ingat.

Tiba-tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain. Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent. Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, pemandu teksi itu terus berhenti betuk-betuk dihadapan blok kami.

Tanpa berlengah, kakak aku yang duduk di tepi pintu pun seperti terjun sahaja dari teksi tersebut dan aku terus menghulurkan wang note rm10 kepada pemandunya. Waktu aku menghulurkan wang tersebut, alangkah terperanjatnya aku apabila menyedari yang pemandu teksi yang kami naiki itu adalah seorang tua yang benar-benar lanjut usianya. Ketara sejuta kedutan ditangannya. Sayangnya aku tidak dapat melihat wajahnya langsung. Dia seperti cuba untuk menggelak wajahnya untuk di pandang.

Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat tangannya. Dalam ketakutan dan kehairanan, aku terdengar kakak aku menyuruh aku keluar dari teksi tersebut dengan segera. Aku yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus keluar dari teksi tersebut tanpa menutup pintunya kembali.

Belum sampai beberapa tapak kami melangkah, alangkah terkejutnya kami bila menoleh teksi itu sudah tidak kelihatan lagi. Menurut penerangan kakak aku, sewaktu turun dari teksi tadi, dia terperanjat apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi tetapi sebuah kereta yang dah terlalu usang pada pandangannya. Waktu itu aku melihat jam hampir pukul 11:30 malam. Sejak dari itu, aku dan kakak aku jarang lagi keluar malam-malam apatahlagi berjalan kaki. Alangkah anehnya perjalan dari Bedok ke Eunos Crescent mengambil masa tiga jam.