Ternampak Ada Kepala Di Kuburan

Masa kecik-kecik dulu aku selalu ikut abah aku pergi usrah. kadang-kadang pergi dekat area perumahan dan kadang-kadang kami ikuti tempat jauh iaitu tempat kenalan ayah juga. Jadi aku suka pergi usrah ni kerana banyak pelajaran yang aku jadikan iktibar dalam hidup aku. sebagai anak yang baik, aku ikut je kemana abah aku pergi. Kata ayah aku, sebagai anak lelaki haruslah mempelajari ilmu agama supaya dapat mendidik bakal cucu-cucunya nanti dan dapat dipraktikan dalam seharian hidup aku.

Berbalik kepada cerita yang sebenar, aku dan abah aku selalu pergi usrah menggunakan motosikal. Aku ni suka bonceng abah aku kerana waktu malam sejuk dan dingin. perjumpaan usrah ini juga perjumpaan yang berbentuk ilmiah yang boleh mengeratkan silatuhrahim sesama saudara islam.

Pada suatu hari, macam biasa aku ikut abah. Tetapa kali ini kami tidak menaiki motosikal kerana ibuku pun ikut sekali. jadi kami menggunakan kereta malam itu. Sebelum pergi ke usrah, kami sekeluarga jalan-jalan ke Melaka sambil shopping. Ibuku sempat membelikan baju baru dan barang yang lain. Dalam perjalanan kami balik tu, singgah la kat tempat biasa sebab abah aku tu memang ada usrah malam tu.

Kebetulan pulak banyak kereta waktu tu, jadi abah aku pun parking la tepi jalan dekat surau tu. Ada satu ruang kosong kat tepi jalan, bersebelahan dengan kawasan perkuburan. Abah aku pun parking di situ, aku dan ibuku tidak keluar cuma ada setengah jam je lagi majlis tu nak bersurai. Jadi aku pun menemani ibuku di dalam kereta. Sebenarnya kami sampai lewat.

Ibuku suruh aku kunci semua pintu kereta. Aku sebagai anak pun menurut perintah. Selepas itu, aku pandang ke luar tingkap kereta sebelah kiri. Aku pun lihat kawasan perkuburan itu. Ustaz pernah memberi pesan kepada aku ucapkanlah salam untuk ahli-ahli kubur itu. Jadi, bila teringat, aku pun buatla.. "Assalamualaikum ya Ahlal-qubr"

Sementara menunggu abah sedang usrah, aku dengan ibu kat dalam kereta masing-masing buat hal sendiri. Ibu diam je kat depan sambil bermain handphone ditangannya. Aku? Aku kat belakang hanya duduk tak buat apa-apa kerana handphone ku lowbat jadi aku hanya mampu duduk diamkan diri.
Sambil aku tak buat apa-apa, mataku pun melilau ke seleruh kawasan kubur itu. Aku lihat terdapat banyak pokok-pokok pisang yang berada di kawasan itu. aku tertanya-tanya, ada buah ke pokok pisang tu? Aku pun mencari pokok pisang yang berbuah. ada yang baru berbuah dan ada jantung pisang.

Dengan tak semena-menanya mata aku terpaku ke satu kubur berhampiran dengan kereta abah aku. kubur itu terletak lebih kurang 3 meter je dari kereta abah. Automatik liang bulu roma aku naik. Aku jadi tak sedap hati.
Apa tu haaa..?

"Ibu....!" ibu aku pulak tak menyahut dengan panggilan aku. Ibu aku hanya berdiam diri. Aku dah mula merasa nak menanggis, tapi tak terkeluar. Apa yang mampu aku buat, aku hanya mampu memandang kepala itu. Kepala aku seolah-olah digam untuk melihat objek yang seram itu. Dan semakin lama semakin aku yakin dengan apa yang aku nampak. Dan kepala itu pulak seolah-olah senyam ke arah aku dengan mata yang merah sekali.
Ketika aku masih leka memandang kepala itu, aku terkejut dengan bunyi orang sedang mengetuk cermin pintu. TOK! TOK! TOK! Aku tersedar rupanya abah aku dah sampai suruh untuk bukakan kunci pintu. Ibu aku yang bukankan dan aku berpaling semula ke arah kubur tu. Dan kepala itu masih ada dan semakin dekat.

"Ibu... Abah.... tengok tu!" aku tunjuk ke arah kepala itu. Ibu dan Abah pun tengok tempat yang aku tunjuk.
"apa benda ada kat situ?" tanya abah. Ibu aku pun tunjuk reaksi pelik sambil melihat tempat yang aku tunjuk. Abah dan ibu tak nampak apa yang aku nampak.

" tak nampak ke? Akim nampak ada kepala orang kat situ" aku tunjuk lagi tempat yang sama sambil berpaling ke tempat kuburan itu. Abah aku pun beriya-iya mencari muka orang yang aku tunjukkan tu. Ibu aku pun sama seperti abah aku. Aku melihat reaksi ibu dan abah aku seperti mencari-cari aku pun berpaling tempat yang aku tunjuk. Tapi... aikkk... dah hilang!!! Kepala tu pun dah hilang! Aku tak nampak apa-apa lagi. " Dah hilanglah abah! tapi betul abah, akim nampak ada kepala kat situ.. akim dah tipu.." kataku lagi. Aku takkan bohong dengan abah aku. aku just nak pastikan Abah percaya kata-kata aku.

"iyalah... takde apa tu. mungkin Akim nampak je tu. mungkin Akim mengantuk kot sebab letih jalan-jalan tadi." Abah aku mungkin tak nak aku berasa takut, sebab itu abah cakap macam tu. Aku memang tak takut pun... hahaah tapi dalam hati siapa tahu..!
Bila sampai dirumah abah aku pesan untuk mengambil wuduk. aku pun ikut perintah abah aku tu. Lepas tu, aku pergi ke dapur melihat ibuku sedang membuat kopi untuk abah aku. aku terus bertanya kenapa ibu tak menyahutku ketika aku panggilnya tadi. Rupa-rupanya ibu ku terlelap. mungkin letih shopping petang tadi.

Tak lama selepas itu, aku dah lupa sebab apa aku singgah kat surau waktu tu waktu zohor. Senyap-senyap, aku pergi semua tempat abah parking kereta hari tu. Aku perhatikan betul-betul. Aku tak nampak kepala, tapi aku nampak ada huruf nun besar kat kubur itu.

Kan sesetengah orang ada pasang macam dinding kubur yang warna putih tu... tapi sekarang dah kurang dah. Ada tertulis ayat kat dinding tu, hujung ayat tu adad huruf nun. Aku dah lupa ayat apa yang di tulis kat situ. Aku pergi panggil abah dan tunjukkan kubur itu. Apabila aku tunjuk dekat abah aku, abah aku gelakkan aku. "kan abah kata takde apa-apa. Akim nampak huruf nun tu aje haritu..." aku pun mampu diamkan diri. Tapi aku masih tettanya-tanya. Kalau aku nampak nun malam tu macam mana kepala tu boleh naik bertenggek atas kubur? Dan kepala itu seperti terapung-apung . Kepala tu senyum pulak kat aku dan paling aku hairan Nun tu duduknya kat dinding kubur bukan kt atas kubur!!!

Kisah kepala atas kubur itu berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Tapi aku tak boleh lupa dengan kejadian itu sebab aku sendiri yang alaminya. Sampai ke hari ini aku tak tahu apa sebenarnya yang aku nampak tu. Tapi kalau betul pun memang ada makhluk sebegitu yang aku nampak aku tak heran pun Sebab makhluk halus itu memang diciptakan. Kuasa Allah tu teramat besar.