Misteri Di Sebalik Lagu Nenek Si Bongkok Tiga

Siapa yang lahir tahun 70an, 80an dan 90an sudah pastinya cukup kenal dengan permainan nenek si bongkok tiga. Permainan ini diiringi dengan nyanyian sebuah lagu. Tentunya ketika masih kanak-kanak kita tidak pernah terfikir dari mana asal-usul lagu nenek ini, siapa pencipta lagu ini dan sejarahnya.

Jom sama-sama kita amati lirik lagu nenek si bongkok tiga ini

Nenek, Nenek Si Bongkok Tiga;
Siang mengantuk Malam Berjaga;
Mencari Cucu Di Mana Ada;
Nenek Ku Kahwin Dengan Anak Raja;
Cucu tak Dapat Lari;
Nenek Tua Banyak Sakti;
Sekarang Juga Nenek Mencari;
Siapa Kena Dia Jadi


Tahukah anda lagu yg Sering Kita nyanyikan ketika Kita kecil lagu #NenekSiBongkokTiga..ada berkaitan pada Siapa yg terkena Gangguan Saka keturunan.. #NenekKebayan..

Sekarang kita akan menyelusuri lirik lagu ini. Apakah maksud tersirat disebalik lagu nenek bongkok tiga ini?. Apakah lagu ini ada kaitan dengan sesuatu yang mistik seperti saka atau sekadar maianan anak-anak kecil?
Di bawah kami terangkan lagu tersebut.

1. Nenek,Nenek Si Bongkok Tiga ,Siang Megantuk Malam berjaga.
Maksudnya : Sesiapa yg terkena Gangguan Saka Nenek ini ,mereka akan kerap Mengantuk di waktu siang,kerap sakit kepala manakala Sebelah malam tidurnya gelisah sukar tidur malam.

2. Mencari Cucu Di Mana ada Nenek ku kahwin Dgn Anak Raja.
Maksudnya : Siapa terkena Gangguan ini, Memilih pasangan hidupnya amat sukar, Bila dah nak kahwin je tak Jadi, Bila berkawan je cepat panas baran dgn pasangan. Maksud Raja di atas Segala kemahuan nya hendak di turuti, Terutama pada pasangan yg berkahwin. Bila ia bergaduh, yang terkena Gangguan ini setiasa hendak mendengar katanya, walaupun ia Salah dia sukar hendak memohon Maaf Dan mulakan dulu. Cepat Berkecil Hati dgn semua org Berhampiran dgn nya Dan hendak di layan dengan penuh kasih Sayang Dan di manja. Masalah Saka ini menjadi panas pada pasangan Suami Dan Isteri. Anak raja juga merujuk kepada ‘Jin’. Kahwin disini merujuk kepada ‘perjanjian’ antara nenek dengan ‘anak raja.

3. Cucu tak dapat lari, Nenek Tua banyak Sakti.
Maksudnya : Dalam perubatan Islam, Hendak Merawat Saka Nenek Tua ini mmg amat sukar. Ia amat licik. Kadang2 Bila di ruqyah Ia masuk dalam Tubuh pesakit, Macam-macam beliau janji, janji nak keluar, janji nak jaga, Tapi semuanya menipu. Memang tak di nafikan Saka Nenek kebayan ini penuh dgn muslihat.

4. Sekarang Juga Nenek Mencari Siapa Kena Dia Yg Jadi.
Maksudnya : Siapa yang menjadi pilihan nenek, dia lah yang akan jadi pewaris saka tersebut. Nenek tua ini sentiasa Mencari Waris Dan keturunan nya. Siapa yang paling lemah semangat dia lah yang kena. Dia sentiasa Mencari keturunan nya yang lemah semangat untuk Nenek tua ini berdamping.
Apa pun bait-bait lagu Nenek Si Bongkok Tiga ini memang penuh dengan misteri. Siapa yang mengalami Gangguan Saka ini sahaja yg memahami APA yang di lalui.

Tanda-tanda orang yang mengalami Gangguan Saka Nenek kebayan ini, kerap sakit belakang, belikat, kerap sakit kepala, selalu kembung perut, Rambut banyak gugur, kitaran haid x normal, sukar dapatkan Zuriat, Panas dengan pasangan, kerap mimpi bayi, menyusukan bayi, bermain dengan bayi, kerap mimpi nenek tua, kerap nampak kelibat Nenek tua.

Moga gangguan di atas terhindar berlaku pada diri kita,pasangan Kita Dan family kita Aamiin Ya Allah