Iklan Jawatan kosong (KEMAS) bagi pengambilan Pendidik Masyarakat TABIKA/TASKA bagi Tahun 2021

Iklan Jawatan kosong (KEMAS) bagi pengambilan Pendidik Masyarakat TABIKA/TASKA bagi Tahun 2021 kini dibuka.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 4 Januari 2021 (Isnin)




Mohon secara atas talian di : kis.kemas.gov.my


SYARAT PERMOHONAN

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;

iii. Diploma Akademik dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang

diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan

iv. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu

pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

dengannya oleh Kerajaan.


TERBUKA KEPADA:

i. TABIKA calon lelaki atau perempuan.

ii. TASKA calon perempuan sahaja.

iii.Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai Majlis Konvokesyen).

iv.Nilai CGPA 2.70 ke atas.

iiv. Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan Kerajaan.


MAKLUMAT ASAS KURSUS

i. Tempat Kursus : Institut / Pusat Latihan KEMAS

ii. Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

iii.Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai

kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.


CARA MEMOHON

i. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di kis.kemas.gov.my mulai 14 Disember 2020 (Isnin).

ii. Calon hanya dibenarkan mengisi satu (1) jurusan TABIKA atau TASKA sahaja.

iii. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak.

iv. Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian sahaja yang akan diterima.


Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.


Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.