Luahan Dinding Banduan Penjara Pudu yang Mengetahui Bila Waktunya Untuk Pergi


Luahan dinding Penjara Pudu, kata hati yang paling ikhlas, daripada mereka yang tahu bila waktunya untuk pergi. Ini adalah thread.

Terdapat sebuah kumpulan fb dengan ahli mencecah setengah juta, “Malaysia Dulu Dulu Official”, berkisarkan nostalgia dan peristiwa yg pernah berlaku di tanah air kita. Salah satu hantaran popular yang menarik perhatian kami adalah berkenaan luahan dinding para banduan yg menghabiskan sisa hidupnya meringkuk di penjara ini.

Kredit penuh diberikan kepada pemilik asal hantaran ini, saudara Amri Daud.

"Sebelum Pudu Jail dirobohkan, sempat juga 2 3 kali aku curi-curi masuk dalam melihat sisa-sisa isi dalamnya. Ada juga masuk sebab kawan minta bawa. Dulu masuk sebab suka-suka, ambil gambar pon suka-suka; takat apa yang ada saja. Sekarang bila dah takda, menyesal tu ada, kalau gambar tu diambil betul-betul, 'harga' dia mahal, story dia mahal.





Aku paling tertarik melihat seni-seni pada dinding penjara. Ada yang melukis, ada yang buat kalerdar- menghitung hari, ada menulis puisi - meluah isi hati, dan ada juga sekadar menampal gambar-gambar 'modal' utk mereka berfantasi.





Tapi biar apa pon yang 'ada' pada dinding2 tu, yang jelasnya segala jenis 'seni' yang dihamparkan tu menunjukkan luahan apa yang terbuku. Kawan aku kata "jiwang juga penjenayah ni ya". Bagi aku tak, bukan jiwang, tapi mereka menulis perasaan mereka yang paling ikhlas (ketika tu).





Antara luahan mereka :

"dikamar ku menyepi seorang diri"
"Tolonglah aku" 
"Selamat Hari Raya" 
"Bagai nak gila kepala ddalam penjara"


"Karna cita2 akhirnya aku terdampar di sini. Merengkok aku disini dalam ketandusan akal, batin, dan segalanya. Semoga masih ada sirna untukku bagi menyuluhi hari depanku. AMin"


"SAYANG, BUKAN NIAT KITA UNTUK BERPISAH, TETAPI SUDAH TAKDIRNYA BEGITU. PERCAYALAH AKU TETEAP SEPERTI DAHULU. SAYANG BETAPA SIKSANYA AKU DI DALAM NERAKA INI. TABAHKANLAH HATIMU, AKU AKAN KEMBALI KE PANGKUAN KU."


"karena ringgit aku jadi begini"

Ada byk lagi, tapi gambar tak berapa jadi. AMbil gambar pon laju-laju saja sebab gelap dan takut. Aku tak menggeledah semua sel. Ada beberapa saja di floor bawah, banyak sel yang dah dicat dindingnya, tutup segala seni si banduan. 

Nak berjalan pusing kawasan penjara aku berani lagi, tapi nak menggeledah, masuk sel satu persatu ni hati aku tak cukup kering. Yang beberapa ni saja pon rasa dia lain mcm, meremang. Mungkin sebab aku penakut, kalau pemberani mungkin rasanya biasa saja.




Sekarang penjara pon dah takda, yang ada cuma gambar dan cerita-cerita saja. Kapitalis ni buta, nilai pudu jail, nilai cerita2 pudu jail, nilai pengajaran dari pudu jail ni lagi mahal dari harga semasa tanah tapak pudu jail tu sendiri...










Post a Comment

0 Comments