"Kau yang bawa aku ke sini!" - Part I


Petang melabuhkan tirainya, azan maghrib mula bergema. Seusai solat, aku keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Di ruang tamu, ada akak aku tengah berbaring. Sejak petang tadi dia mula mengadu sakit kepala. Seusai solat maghrib, dia merebahkan badannya dek kerana sakit kepala yang teruk. Tapi sebelum dia baring, dia ada berkata, "aku rasa badan aku berat, sama macam hari tu." Kemudian dia terus baring dan tertidur.

Sedang dia tidur, aku mula merasakan sesuatu yang tidak kena dengan akak aku. Aku bergerak menuju ke bilik dan terus mencapai phone yang terletak diatas meja. Aku scroll ke dalam whatsapp, untuk mencari file pdf ayat manzil yang pernah dikongsikan sebelum ini. Ada kawan yang pernah menceritakan bahawasanya dengan ayat manzil ini mampu mengelakkan daripada gangguan jin dan iblis. Sejurus menemui semula file pdf ayat tersebut, mulutku mula membacakannya.

Kenapa manzil ku baca kan? Aku dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan akak aku. Aku beranggapan ada sesuatu yang sedang mengganggu dia dan menyebabkan dia sakit kepala. Manzil ku bacakan untuk mengelakkan akak aku daripada diganggu oleh benda-benda lain yang ingin mengganggu dia.

Setelah selesai manzil ku bacakan, ku hembus kan ke air di dalam botol. Lalu aku bergerak keluar rumah. Di luar rumah aku merenjis sedikit demi sedikit air yang telah dibacakan manzil. Aku renjiskan di kawasan luar rumah. Dan aku pun kembali ke ruang tamu dan masih melihat akak aku terbaring.

Dalam keheningan maghrib, tiba tiba terdengar suara tangan membentak lantai. "Parmmm!!" Rumah aku rumah kayu kampung, bunyi hentakan tangan pun sudah cukup bergema ke seluruh rumah. Bergegas semua ke ruang tamu termasuk ibu. Terbeliak mata kami, akak aku duduk merenung sambil melontarkan suara yang keras dan mula berbicara. Ayat yang keluar daripada mulutnya adalah “Siapa yang kacau aku? Aku tidak pun kacau kamu!!!” suaranya dilontarkan kuat.

Aku terus menuju ke tempat akak aku dan memegang tangannya. Sah. Akak aku sudah dirasuk! Azan ku laungkan dan kemudian ayat kursi dibaca kan. Marah nampaknya “makhluk” tersebut yang singgah dibadan akak aku. Tiba tiba akak aku kemudiannya bercakap lagi dengan nada suara yang lembut. “Aku sedar sudah, lepaskanlah tangan aku”.

Sejurus selepas akak aku berkata demikan aku mula rasa lega, benda halus yang singgah telahpun pergi dan aku pun melonggarkan pegangan tanganku terhadap akak aku. Namun, sangakan ku meleset, rupanya benda halus tersebut cuba untuk memperdayakan aku dengan berbicara dengan lembut serupaa dengan akak aku.

Ku pegang erat kembali tangan akak aku dan dia mula melontarkan senyuman yang menyeramkan. Benda halus tersebut masih ada didalam badan aku dan masih tidak mahu keluar. Kemudian aku mula memberanikan diri untuk bertanya dengan benda halus tersebut. “Darimana kau datang dan kenapa kau disini”.

Akak aku diam buat seketika. Kemudian bersuara kembali dan menjawab persoalan yang aku lontarkan tadi. Dia mulakan dengan senyuman sebelum menjawab pertanyaan. “Aku datang dari sana, sambil menunjukkan tangannya ke satu arah”. Arah yang ditunjuknya adalah kawasan tepi jalan tanah perkuburan Kristian yang terletaknya pohon pokok yang besar. Kemudian dia berkata lagi, aku datang ke sini mencari Abang Samad. Siapa Abang Samad? Akan aku ceritakan kemudian.

Setelah itu, aku minta benda halus itu keluar daripada badan akak aku dan kasihankan akak aku yang dalam kesakitan. Namun balasnya, dia tidak mahu keluar dan sayangkan akak aku kemudian dia memberitahu dia ingin membawa akak aku pergi ke tempatnya. Aku pun berkata, pulangkan akak aku dan keluar daripada badannya dengan nada yang keras. Dia masih enggan keluar, kemudian aku terus bertanya kepada dia, siapa yang bawa kau ke sini?

Azan isyak mula berkumandang, akak aku terdiam seketika, terasa macam keadaannya tidak begitu selesa. Mula bergerak dan ingin melonggarkan pegangan tangan ku terhadapnya. Aku mengulang soalan ku kepada benda halus tersebut dan kemudian dia pun menjawab “KAU YANG BAWA AKU KE SINI!!!”.

Ungkapan yang diungkapkan membuatkan aku tergamam. Ungkapannya disusuli dengan renungan matanya yang tepat ke mata ku dengan keningnya yang berkerut seolah-olah ada perasaan tidak puas hati. Bulu roma ku mula naik dan jantung ku berdegup laju. Ku fikirkan semula, kenapa benda halus ini berkata demikian. Suaranya terngiang-ngiang di dalam kepala ku. Ini merupakan pengalaman pertama aku berbicara dengan benda halus dan tidak sangka aku yang bawanya balik..

Teringat aku kembali sehari sebelum kejadian, aku pulang lewat malam dan apabila sampai dirumah, akak aku membukakan pintu dan menyambutku. Mungkin dari situlah benda halus ini mengikut kepulangan aku dirumah dan seterusnya mengganggu akak aku.

Dalam tergamamnya mulut aku ketika itu, dia mula mengeraskan badannya dan cuba untuk melawan. Emosinya berubah sekejap dia senyum, sekejap dia menangis dan sekejap dia marah.

Ku biarkan untuk seketika, mulut tidak berhenti dengan membacakan ayat qursi. Setelah seketika, keadaan mula tenang dan akak aku mula sedarkan diri dan benda halus tersebut keluar daripada badan akak aku. Namun perkara ini hanya tenang untuk seketika.

Bersambung.

Post a Comment

0 Comments