"Kau yang bawa aku ke sini!" - Part II



Kisah ini adalah sambungan dari kisah sebelumnya.

Akak aku telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Abang Samad adalah suaminya dan tinggal jauh daripada mereka kerana bidang tugas pekerjaan. Beberapa bulan yang lepas, akak aku mengalami keadaan yang sama namun situasi yang berbeza iaitu dia merasakan bahu disebelah kirinya sangat sakit dan disebabkan kesakitan tersebut, dia sehinggakan berjalan bongkok seperti orang tua.

Tetapi perkara itu, hanya dianggap sebagai sakit yang biasa. Akak aku pun berjumpa dengan doktor di klinik, dan doktor hanya mendiagnos akak aku ada sakit tulang dan menyebabkan badannya bongkok. Dengan keputusan yang dikeluarkan oleh doktor kami sekeluarga masih rasa sangsi degan diagnosis yang dilakukan.

Kami sekeluarga berikhtiar untuk merawat akak aku dengan perubatan kampung/ rawatan tradisional. Namun, tidak ada yang boleh merawat kesakitan yang dialami oleh akak aku. Dua minggu berlalu dengan beban yang terpaksa ditanggung oleh akak aku, berjalan dengan keadaan bongkok seperti perempuan tua.

Suatu hari, akak aku diberitahu oleh sepupu kami, terdapat seorang tukang urut wanita tinggal dikawasannya. Akak aku terus memecut laju kenderaan untuk mengambil tukang urut tersebut dari rumahnya. Hal ini disebabkan, tukang urut tersebut tidak mempunyai kenderaan untuk bergerak, ditambah lagi dengan keadaan rumah yang tidak berapa sesuai untuk melakukan khidmat urutan.

Dengan keadaan sakit belakang, akak aku memandu kenderaan. Mujur tidak ada apa berlaku. Tukang urut pun tiba dirumah keluarga aku. setibanya dirumah, akak aku memberitahu kepada tukang urut tersebut tentang keadaan yang dialami olehnya sejak beberapa minggu kebelakangan. Tukang urut pun menggangguk mendengarkan cerita yang dikhabarkan kepadanya.

Masuk kedalam bilik dan membuat urutan badan. Setelah selesai, akak aku berasa teramat lega dengan urutan tadi. Katanya dia tidak lagi merasa sakit dibelakang dan mulai untuk berjalan secara normal. Syukur Alhamdulillah dilafaz sebagai tanda terima kasih kepada tuhan atas kesembuhan daripada kesakitan tersebut.

Didalam perjalanan menghantar tukang urut itu balik, sebelum turun dari kenderaan, tukang urut tersebut berbisik sesuatu kepada akak aku. Dan akak aku pun meluncur laju, memandu kenderaan balik ke rumah. Setibanya di rumah, dia duduk terdiam mengenangkan bisikan yang diajukan oleh tukang urut tadi.

Secara senyap-senyap dia duduk dan memberitahu keluarga aku tentang perkara yang dibisikkan oleh tukang urut tadi. Selama ini, akak aku berada dalam keadaan sakit dan bongkok, bukanlah disebabkan penyakit tulang seperti yang didiagnosis oleh doktor di klinik sebelum ini.

Tukang urut itu memberitahu akak aku bahawasanya sebenarnya ada "benda halus" yang duduk dibahu sebelah kiri akak aku selama ini dan menyebabkan akak aku bongkok seperti orang tua. Rupanya, ketika tukang urut itu mengurut, dia dapat merasakan sesuatu. Dengan ilmu dan pengalaman yang ada, dia cuba untuk mengusir benda halus tersebut. Dan benda halus itu pun pergi.

Sempat berinteraksi secara senyap bersama dengan benda halus tersebut, bertanyakan bagaimana boleh sampai ke tubuh badan akak aku dan darimana datangnya, benda halus itu memberitahu, bahawasanya, dia telah ikut Abang Samad pulang lewat malam ke rumah ketika dia melalui jalan yang diiringi dengan pokok besar berdekatan rumah. Setibanya dirumah, dia ternampak seorang wanita menyambut kepulangan suaminya lalu berpaut dengan wanita tersebut iaitu akak aku. Dari situlah benda halus itu mula bertenggek dibadan akak aku. Mujur ada tukang urut tersebut yang "pandai" dalam mengusir benda halus.

Kita kembali kepada kisah akak aku pada malam tersebut, setelah keadaan mula disangka tenang, rupanya benda halus tersebut masih lagi degil untuk meninggalkan badan akak aku. Tangisan mula kedengaran. Tangisan daripada kedua-dua anaknya yang takutkan akan keadaan ibu mereka yang sedemikian. Setelah "puas" dia berada didalam badan akak aku, akhirnya dia pun keluar daripada badan akak aku.

Akak aku mula sedar sepenuhnya. Aku melontarkan beberapa pertanyaan untuk memastikan itu benar-benar akak aku dan bukannya "drama" bagi benda halus tersebut. Ku berikan air manzil untuk diminum dek kerana akak aku berada dalam keadaan yang sangat lemah. Setelah berehat, dia pun mula bertanyakan apa yang telah terjadi kepadanya tadi. Aku mula bercerita keadaan yang berlaku sebentar tadi. Katanya dia langsung tidak sedar apa yang berlaku tapi dia merasakan dirinya telah dibawa pergi ke suatu tempat.

Bersambung.

Post a Comment

0 Comments