Pusat Perubatan Islam ini Kongsi 11 Tanda Wanita Dicintai Jin


Selain manusia, jin merupakan salah satu makhluk ciptaan tuhan. Ramai tidak mengetahui bahawa jin juga memiliki kelamin seperti manusia iaitu jantina lelaki dan wanita.

Paling menarik sekali, mereka juga mempunyai perasaan. Ada makhluk jin yang memiliki perasaan cinta dan sayang terhadap manusia.

Terdapat beberapa tanda-tanda bahawa wanita akan dicintai oleh jin.

Perkongsian ini adalah berdasarkan dapatan pengalaman pakar pakar perubatan islam.

1. Selalu mimpi didatangi oleh seorang lelaki.

Wanita yang disayangi atau dicintai oleh jin kebiasannya akan bermimpi didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki dalam mimpi adalah individu yang dikenali seperti kawan ataupun seseorang yang tidak dikenali. Kebiasannya, ada juga wanita yang sampai jatuh cinta dengan jin tersebut walaupun hanya ditemui melalui mimpi.

Sekiranya jin jantan yang menyukainya adalah jin saka, maka seorang wanita akan mimpikan lelaki tersebut sejak dirinya masih kecil dan wanita yang mengalami hal ini sangatlah susah untuk melepaskan diri daripada jin itu kerana perasaan cintanya yang mendalam.

2. Didatangi makhluk yang ganjil

Wanita yang dicintai oleh jin biasanya akan didatangi oleh makhluk ganjil. Makhluk ini boleh jadi sama ada orang tidak dikenalinya ataupun seseorang yang mirip dengan suaminya. Kedatangan makhluk ini boleh terjadi sama ada dalm mimpi, ataupun sedar.

Makhluk ini akan kelihatan sangat menggoda sehingga wanita akan tergoda dan akan melakukan hubungan intim dengannya.

Hingga pada akhirnya apabila mereka bangun pagi mereka dalam keadaan penat dan lesu.

3. Ada sesuatu yang bergerak di bahagian intim

Bahagian intim wanita akan ada sesuatu yang bergerak sehingga menimbulkan rasa gatal, punya nafsu syahwat yang besar dan merasa sakit serta tidak selesa.

Ada juga wanita yang mempunyai masalah untuk bersama dengan sang suami.

4. Mudah jatuh cinta kepada setiap lelaki

Wanita ini mudah jatuh cinta kepada setiap lelaki yang dijumpainya. Meskipun telah memiliki suami, namun sang wanita akan melakukan kecurangan atau tidur dengan lelaki lain.

5. Merasakan Dirinya Dijaga Oleh Sesuatu (Seorang lelaki)

Apabila tidur, terasa ada seseorang disebelah. Ada orang yang pegang tangan. Ada yang rasa tangan yang dipegang berbulu, ada bunyi mendengus dan hembusan nafas bila tidur.

Sekiranya ada benda buruk yang berlaku dalam hidup, akan ada bisikan yang memberitahu rasa disayangi oleh sesuatu yang menjaga.

6. Merasa seperti ada seseorang yang selalu mengekori kemana-mana

Seorang wanita yang dicintai jin akan merasa seperti diekori atau diintai oleh seseorang lelaki dari jauh dalam setiap pergerakannya.

7. Malas menunaikan solat ataupun ibadah lain

Sentiasa berasa malas untuk menunaikan solat dan setiap kali nak menunaikan ibadah selalu saja ada halangan.

Bahkan ada juga wanita yang sengaja untuk meninggalkan ibadah solatnya.

8. Tubuh badan sentiasa lemah

Seluruh badan akan berasa lemah tanpa sebab dan merasa letih walaupun tidak melakukan apa-apa aktiviti.

9. Mengalami masalah ketika tidur

Wanita yang dicintai jin akan mengalami masalah dalam tidurnya dan ketika bangun pada pagi harinya, badan akan terasa lemah dan letih.

Namun setelah bangun tidur, tubuh badan akan berasa lebih baik dan segar.

10. Sakit kepala yang kronik

Wanita akan kerap mengalami sakit pada bahagian kepada dan sakit ini terjadi tanpa sebab yang sangat jelas.

11. Sukar untuk berkahwin, jika berkahwin sentiasa ada masalah

Disebabkan jin lelaki telah jatuh cinta kepada wanita, maka meraka akan mengalami kesukaran untuk berkahwin dan akan sentiasa ada halangan yang dihadapinya.

Kredit: Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah

Post a Comment

0 Comments