Kisah Hantu Janet Sarawak "Korban Ritual Semah"

Hantu Janet adalah sebuah kisam seram yang sangat terkenal di negeri Sarawak sekitar tahun 70-an dan 80-an.  Sebuah kisah tentang hantu wanita yang sering dikatakan menganggu orang ramai di Kuching Sarawak. 


Janet merupakan seorang gadis yang berketurunan Tionghua yang dipercayai telah diculik sekitar penghujung tahun 60-an. Janet bekerja sebagai seorang jururawat di Hospital Umum Sarawak (HUS). Kisah Janet bermula semasa pembinaan Jambatan Satok. Sebelum kewujudan Jambatan Satok, orang ramai akan menaiki perahu untuk menyeberangi sungai.



 

Jambatan Satok dibina sekitar tahun 1968. Pada waktu itu, Janet hanya berjalan kaki berulang alik untuk ke hospital daripada rumahnya. Suatu hari, sewaktu Janet baru sahaja menghabiskan kerjanya pada shift malam, sewaktu nak balik ke rumahnya daripada hospital, Janet telah ditangkap dan diculik dan dibunuh di tapak projek pembinaan Jambatan Satok. 


Janet dibunuh disebabkan para penculik ingin melakukan upacara 'Semah'.Upacara Semah memerlukan korban yang masih dara untuk puaskan penunggu yang tinggal di tapak projek pembinaan ini. Paling mengerikan upacara ini dilakukan dengan memotong kepala Janet. Seterusnya kepala Janet ini ditanam di antara salah satu tiang di projek jambatan. 



Dikatakan projek jambatan ini tergendala disebabkan gangguan-gangguan makhluk halus penunggu di kawasan ini. Upacara 'korban semah' ini dilakukan bagi mengelakkan para pekerja diganggu oleh makhluk-makhluk ini.  Janet telah dijadikan mangsa untuk upacara korban ini.



Kuching telah heboh dengan penemuan mayat Janet tanpa kepala. Kedua-dua orang tua Janet sangat sedih dan marah atas apa yang berlaku terhadap anaknya. Kemudian, mayat Janet ditanam tanpa kepala dengan mayatnya memakai baju berwarna merah.  Kaum cina percaya kalau mayat ditanam dengan berpakaian serba merah, roh mayat akan kembali untuk membalas dendam. Mungkin ada sebab mengapa ibu bapa Janet menanam mayatnya menggunakan baju berwarna merah. Mereka mungkin menginginkan roh Janet bangun dan menuntut belas atas kematiannya.



Hantu Janet dikatakan bangun dan telah menganggu orang ramai. Menurut penduduk sekitar, mereka ada menjumpai  seorang perempuan yang berpakaian serba merah, baju merah, payung merah dan kasut berwarna merah pada waktu malam. Terutamanya di kawasan Kampung Kudei dan Kampung Bintangor.


Ada juga dakwaan  lain yang melihat hantu Janet menaiki feri dan merentasi sungai . Apabila sampai sahaja ke seberang hantu Janet ini kemudiannya hilang. Duit tambang yang dibayar olehnya akan bertukar menjadi daun kering atau wang kertas palu yang digunakan oleh kaum cina untuk dibakar pada upacara kematian. Selepas saja kejadian ini, operasi feri tidak diteruskan perkhidmatannya selepas jam 10 malam. 

Penduduk juga mendakwa bahawa mereka terlihat Hantu Janet berlegar-legar di kawasan Hospital Umum Sarawak tempat dia bekerja. 


Hantu Janet ni sebenarnya suka untuk tahan kereta orang dan meminta mereka menghantarnya ke destinasi yang dingininya. Selepas saja sampai ke destinasi, Hantu Janet akan menghilangkan diri dan meninggalkan bau yang sangat busuk. 

Hantu Janet suka untuk menahan pemandu lelaki. Paling menyeramkan dia akan mengajak lelaki tersebut untuk menonton wayang pada waktu tengah malam. Hal ini demikian, sewaktu hidupnya dahulu, Hantu Janet gemar untuk menonton wayang pada waktu tengah malam. Keesokan harinya, cashier panggung wayang akan menjumpai daun kering di drawernya,

Sehingga ke hari ini, penduduk Kuching sangat takut untuk menyebut namanya kerana takut Hantu Janet akan datang dan menggangu mereka. Mereka takut keluar pada waktu malam kerana takut terserampak dengan Hantu Janet.



Kisah hantu janet ini bukan sahaja terkenal di Malaysia, tapi juga terkenal di negara Jepun sehingga mereka membuat komik tentang kisah Hantu janet ini. Ada satu komik Jepun telah memuatkan kisah mengenai Hantu Janet ini dalam komiknya bertajuk "3 X 3 Eyes" dalam bab "The Red Rain Of Malaysia" sebanyak 3 jilid. 

Komik ini ditulis oleh Yuzo Takada dan diterbitkan dari tahun 1987 sehingga 2002. Pada tahun 1993, komik ini memenangi Anugerah Kodansha Manga.




Komik ini menceritakan tentang seorang lelaki bernama Yakumo Fuuji yang berkerja untuk sebuah entiti Immortal yang dipanggil ke Sarawak untuk menangkap roh jahat Hantu Janet. Dikatakan Hantu Janet sering menggangu penduduk dan membalas dendam atas kematiannya. Namun, jalan cerita ini diubah sedikit mengikut imaginasi penulis dan pelukis komik. 

Sumber: iluminasi.com

Post a Comment

0 Comments