10 Petanda Rumah Anda Diganggu Jin


Anda merasakan seperti di dalam rumah anda sedang diganggu oleh jin?  Mungkin betul tekaan dan firasat anda. Sebenarnya terdapat beberapa ciri yang dapat menunjukkan bahawa rumah yang kita duduki ini sebenarnya diduduki bersama dengan jin.


Secara harafiahnya, jin bererti ' tersembunyi' atau 'tidak terlihat'. Jin dipercayai dapat melihat keberadaan manusia, namun manusia tidak dapat melihat keberadaan jin. Jin juga sebenarnya hidup secara baik di sisi manusia dan tidak menganggu.


Namun terdapat beberapa jenis jin yang kerap mengganggu manusia. Anda harus waspada kerana jin ini juga boleh mengganggu manusia yang kerap tinggal di dalam rumah.  Ada juga jin menganggu dengan menunjukkan kewujudannya kepada manusia atau tuan rumah. 

Kami kongsikan kepada anda petanda bahawa rumah anda ada gangguan jin.

Petanda-Petanda Rumah Ada Gangguan Jin

1. Tuan Rumah Merasakan Dirinya Diawasi Oleh Seseorang

Ciri-ciri rumah ada gangguan jin yang pertama adalah penghuni rumah berasa tidak selesa dan aman ketika berada di rumah. Hal ini disebabkan mereka merasakan seperti di dalam rumah , ada seseorang yang selalu memerhatikan dan mengawasi rumah mereka. Sekiranya anda merasakan seperti ini, ini petanda awal bahawa rumah anda diduduki oleh jin.


2.Tercium Bau Busuk

Jika anda dapat menghidu bau busuk di dalam rumah, ini boleh jadi petanda rumah anda dijadikan tempat tinggal oleh jin. Bau tersebut mengakibatkan salah satu gangguan jin di dalam rumah dan membuatkan anda berasa tidak selesa. Untuk membezakan bau busuk biasa dengan bau busuk yang dibuat oleh jin, periksalah semua bahagian rumah anda.

Adakah di dalam rumah anda ada bangkai binatang atau sampah yang tidak dibuang dalam waktu lama?

Jika tidak ada sampah atau bangkai binatang, bererti sumber bau tersebut tidak jelas di mana keberadaannya. Boleh jadi sumber bau busuk yang tidak jelas di mana puncanya inilah yang dibuat oleh jin.

3. Ada Suara Ganjil Berbisik Dan Memanggil

Ketika anda berada di dalam rumah seorang diri, anda mendengar suara aneh daripada sumber yang tidak jelas. Suara tersebut seperti orang batuk, suara bunyi tapak kaki berjalan, orang menangis dan pelbagai lagi. 

Sekiranya anda mendengar bunyi suara memanggil-manggil nama anda, berhati-hati dan berjaga-jagalah. Anda perlu untuk mendapatkan rawatan islam segera untuk mengusir jin yang ada di dalam rumah anda.


4. Orang Rumah Sakit Yang Tidak Jelas

Adakah ada ahli keluarga yang tiba-tiba sakit tanpa diketahui sebabnya?

Boleh jadi sakit ini disebabkan oleh gangguan jin dalam rumah.

Ciri-ciri sakit disebabkan gangguan jin adalah ketika anda membawa anggota keluarga yang sakit ke hospital, namun doktor menyatakan bahawa keadaan tubuh badan ahli keluarga anda berada dalam keadaan baik-baik saja.

Jika keadaan ahli keluarga anda tidak pulih dan sembuh setelah dibawa berjumpa doktor, boleh jadi penyakit ini disebabkan gangguan jin.

5. Ahli Keluarga Selalu Bergaduh

Ciri seterusnya adalah selalu berlaku pergaduhan dan pertengkaran antara suami dan isteri.

Sebenarnya pergaduhan ini disebabkan hal yang biasa, namun ketika masalah kecil tiba-tiba menjadi pertengkaran yang besar, boleh jadi jin yang menambah dan mengapi-apikan pergaduhan supaya menjadi lebih besar.

Pergaduhan biasanya terjadi antara suami dengan isteri, kakak dengan adik, atau anak dengan orang tua.

Beribadahlah supaya jin tidak menganggu keluarga anda lagi.


6. Selalu Bermimpi Buruk

Mimpi buruk biasanya dianggap sebagai mainan tidur. 

Namun dalam beberapa kepercayaan, mimpi buruk juga menjadi petanda banyak hal. 

Salah satunya, mimpi buruk itu disebabkan rumah anda dihuni oleh jin.

7. Selalu Ada Penampakan Di Dalam Rumah

Salah satu ciri gangguan jin adalah sering melihat munculnya penampakan makhluk halus. 

Ahli keluarga melihat penampakan makhluk halus seperti jin di dalam dan sekitar rumah. Ini petanda jelas bahawa jin sebenarnya sedang mengganggu anda dan keluarga.

Kemungkinan lainnya, penampakan ini menunjukkan bahawa jin terganggu dengan kehadiran penghuni rumah.

8. Anjing Selalu Menyalak Di Sekitar Rumah

Adakah anjing di sekitar kawasan rumah anda yang selalu dan tiba-tiba menyalak?

Anda perlu tahu bahawa anjing mempunyai kemampuan dan kebolehan untuk melihat makhluk halus.

Boleh jadi anjing itu sebenarnya menyalak disebabkan melihat kehadiran makhluk halus, termasuk jin.

9. Ada Ahli Keluarga Yang Tidak Mahu Bernikah

Seterusnya, ada anggota keluarga anda yang bujang tapi tidak mahu untuk bernikah dan kahwin.

Ada mitos yang menyatakan bahawa jin boleh memanipulasi ahli keluarga supaya tidak mahu bernikah.

Boleh jadi, jin menyukai ahli keluarga anda yang bujang dan tidak menginginkan dia dimiliki oleh orang lain.

10. Jin Tidur Di Sisi Penghuni Rumah

Jika jin sudah menyukai salah seorang penghuni rumah, dia akan selalu mengikuti penghuni rumah tersebut ke mana pun dia pergi.

Ketika tidur juga, jin akan tidur bersama di sisinya.

Biasanya tuan rumah juga akan merasakan dirinya selalu diikuti.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa untuk sentiasa beribadah dan melazimi membaca al quran agar menjadi pendinding daripada gangguan-gangguan makhluk halus ini. InShaAllah.

Kredit: Blog 99.c0

Post a Comment

0 Comments