Awas! Sihir Pemisah!

Sifat kasih sayang merupakan anugerah Allah S.W.T untuk diri setiap manusia. Namun, perasaan ini boleh berubah sekiranya ada pihak yang tidak senang dengan melihat kebahagiaan yang dimiliki. Lalu mereka yang jeles, iri hati dan dengki mengambil jalan pintas untuk menggunakan sihir pemisah.


Individu yang terkena sihir pemisah kebiasannya akan mengalami perubahan diri dengan tiba-tiba seperti perasaan cinta dan sayang terhadap seseorang bertukar menjadi perasaan benci. Sekiranya pasangan suami isteri, salah seorang yang disihir akan berasa benci terhadap setiap perbuataan yang dilakukan walaupun ianya baik. 


Contohnya, pandangan mata yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan begitu juga sebaliknya pandangan seorang suami yang melihat isterinya sangat hodoh, walaupun di mata orang lain isterinya sangatlah cantik. Ada juga situasi yang berlaku sang isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan.

Apabila salah seorang pasangan disihir, akan timbul perasaan ragu-ragu antara satu sama lain yang boleh menyebabkan perselisihan faham dan pergaduhan walaupun puncanya daripada perkara yang kecil dan biasa saja. Disebabkan salah seorang tidak mahu meminta maaf mengakibatkan perkara ini menjadi lebih besar. Contoh lain sihir pemisah ialah si isteri benci kepada suaminya apabila berada di rumah. Ketika si suami di luar rumah si isteri melihatnya seperti biasa, namun apabila sang suami masuk ke rumah dia berasa sangat benci.

Sihir ini merupakan golongan daripada sihir pembenci. Berfokuskan kepada pasangan suami isteri supaya hubungan kedua-duanya bermasalah dan akhirnya membawa kepada penceraian. Sihir ini juga dikenali sebagai nama sihir "at-Tafriq". Al-Hafiq Ibnu Kathir menjelaskan sebab penceraian antara suami isteri akibat sihir ialah bayangan suami atau isteri terhadap pasangannya dalam rupa atau perilaku yang buruk sehingga boleh menimbulkan perceraian.

Firmah Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 102:

Terjemahannya:"... Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya. padahal mereka tidak akan dapat sama ekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah..."

Sihir pembenci atau pemisah ini dilakukan sama ada dengan menggunakan barang-barang seperti pakaian, air atau minyak yang dijampi, dipalit atau diletakkan pada tempat laluan mangsa. Kadang kala ada juga sesuatu yang dimasukkan ke dalam makanan seperti gula, kopi, beras dan lain-lain.

Kredit: Perubatan Islam Sinar Assyifa' UllinnaS


Post a Comment

0 Comments