Kisah Toyol Dalam Masyarakat Melayu


Toyol merupakan sejenis makhluk halus di dalam kepercayaan melayu. Toyol berasal dari golongan jin dan syaitan yang dipelihara untuk tujuan mencuri. Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah rupa sebenar toyol ini? Dikatakan toyol ini berbentuk kanak-kanak kecil dan mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil yang lain. Sekiranya anda memelihara toyol, ini bermaksud anda sebenarnya memelihara saka.


Toyol biasanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dengan mencuri daripada jiran tetangga.


Pemelihara toyol biasanya mendapatkan toyol dengan cara membeli atau memuja. Toyol yang dipelihara dipercayai mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam. Menurut mitos, toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darah sendiri setiap hari dan setiap kali bulan mengembang. Sekiranya tuan toyol gagal memberikannya, toyol ini akan menghisap darah ahli keluarga terdekat tuannya.


Kelemahan Toyol

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini sebenarnya adalah perbuataan syirik dalam agama islam. Sekiranya toyol ini tidak dijaga dengan baik, ia akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemiliknya. Apabila tuan asal tidak memerlukan toyol ini lagi, tuannya hendaklah mendapatkan tuan yang baru atau menghantar toyol itu balik ketempat ia dibeli atau ia perlu untuk dibuang. Kebiasannya toyol ini akan dibuang dengan dihanyutkan dengan acak kedalam sungai.

Terdapat petua yang menyatakan sekiranya sejenis permainan diletakkan berhampiran dengan wang yang disimpan, toyol akan asyik bermain sehingga lupa untuk mengambil wang. Kacang hijau yang diletakkan di dalam kantung boleh untuk melalaikan toyol. Selain itu, ikan puyu yang dipelihara dalam akuarium mampu untuk melalaikan toyol dan membatalkan hasrat toyol untuk tidak mengambil wang dari mangsanya.

Apa yang menariknya, toyol ini tidak akan mencuri keseluruhan wang, tetapi sekadar untuk mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Mungkin disebabkan orang tua-tua dulu pernah berkata " budak-budak jangan pegang duit banyak-banyak". Yang paling menakutkan, pemilik toyol perlu memenuhi apa sahaja permintaan toyol peliharaannya, sekiranya gagal, toyol tersebut akan bertindak ganas. Seram wei.


Ada yang menyatakan bahawa toyol hanya makan darah jari. Tetapi ada juga mitos menyatakan toyol juga makan telur ayam. Versi lain pula cakap toyol pun makan darah haid gadis sunti. Wah. Macam-macam erk toyol makan. 

Kita tahu bahawa sifat toyol ini seperti budak-budak. Oleh itu, antara kegemarannya iala bermain kacang hijau, syiling 10 sen dan gadis dara. Kalau toyol sudah jumpa barang mainan waktu nak mencuri, memang pishanglah tok bomoh menunggu toyol pulang. Memang main sampai pagilah jawabnya toyol ni. 

Sebenarnya toyol tidak tahu pun duit disorokkan kat mana. Biasanya toyol akan membuat intipan dahulu kat mana duit-duit ni disimpan. Kemudian malam baru dia buat keje. Kadangkala, tuan toyol akan berikan spesifikasi lokasi kedudukan duit tu kat mana. 


Betul ke duit hilang angkara toyol?

Ada beberapa pandangan tentang duit yang dicuri oleh toyol ni. Pandangan pertama cakap, duit ni tidak hilang tapi berkatnya diambil. Contohonya kalau berkat ada pada duit RM10, nak belanja dan habiskan memang lambat. Tapi berbeza dengan duit RM100 yang dicuri tiada berkatnya sekejap je da habis.

Pendapat kedua pula, cakap duit ini hilang secara fizikal. Maksudnya memang betul-betul hilang.



Betulke duit dalam Al-Quran boleh dicuri toyol?

Jawapan dia boleh je, Al-Quran tu untuk dibaca bukan peti simpanan wang. Banyak je kes yang simpan duit kat dalam alquran tapi kemudiannya hilang.

Petua Mengelak Kecurian Dari Si Toyol

Letakkan kacang hijau atau duit 10 sen di luar tempat simpanan. Toyol akan leka bermain dengan benda itu sehingga lupa tugas mencurinya.

Simpan duit di dalam uncang yang bertali. Dikatakan. toyol ini takut nak ambil sebab risau boleh tercekik.

Sertakan bersama Daun Jelatang Gajah. Dikatakan daun ini amat ditakuti toyol dan pembela pelesit.

Membaca ayatul qursi setiap kali menyimpan duit dan pohon pada Allah agar harta dijaga.

Kredit: seramkaw.blogspot.com

Post a Comment

0 Comments